
PENGURUSAN sekolah yang sistematik pastinya dapat melahirkan murid atau pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga sahsiah diri.
Ia jelas dapat dilihat menerusi video dikongsikan pengguna akaun TikTok @tinggai.kat.jepun baru-baru ini.
Pemilik video yang juga merupakan guru warga Malaysia dan bekerja di Jepun itu berkongsi sistem waktu rehat murid di sekolah tersebut.
BACA LAGI: Jangan takut dilabel 'jibam', tiada tempat untuk pembuli di IPMA, MRSM — Asyraf Wajdi
BACA LAGI: [VIDEO] 'Anak syurga amanah', ramai sokong Jep Sepahtu lepas tahu 2 anak diagnos autisme
Seronok betul tgk macam mana sistem sekolah di Jepun, ni part bila anak anak murid nak break untuk makan tengok lah macam mana systematic nye diorang di didik seawal umur muda macam ni.
Boleh ke implement macam ni kat Malaysia?pic.twitter.com/Lo06Y2YFc9
— f ⃤ ck (@facktura) April 9, 2025
Dalam video sama, kesemua murid mempunyai rutin menyediakan set makanan tengah hari atau dalam bahasa Jepun dipanggil 'kyushoku'.
Mereka juga bekerjasama sebagai satu pasukan daripada proses menyediakan makanan sehingga membersihkan kelengkapan.
Suasana itu bukan sahaja menunjukkan sistem sekolah yang teratur, malah memperlihatkan sisi budaya Jepun yang dapat mendidik masyarakat tentang adab dan tertib makan seawal usia kanak-kanak.
Melihat suasana yang tenang itu, rata-rata warganet mengimpikan sekiranya sistem berkenaan turut diterapkan dan dilaksanakan di sekolah Malaysia.
"Seronok betul tengok macam mana sistem sekolah di Jepun. Tengoklah sistematiknya mereka didik seawal umur muda seperti itu.
"Bolehkah buat macam ini di Malaysia?' tulis @facktura.
Ada juga yang berpandangan bahawa sistem itu perlu dimulakan sekurang-kurangnya di sebuah sekolah untuk melihat jika ia berkesan atau tidak.
"Ada tak orang di Malaysia sudi buat. Satu sekolah pun tak mengapa.
"Rasa menarik dan mampu didik generasi akan datang yang lebih sopan dan teratur. Nak belajar pun tenang," komen @faith.and.resin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram