[VIDEO] Ramai tak tahu rakam video waktu ambil bagasi di 'airport' boleh dijadikan bukti untuk tuntut insurans jika ada kerosakan


  • Massa
  • Khamis, 10 Apr 2025

Pengguna digalakkan merakam video ketika mengambil bagasi di mesin pengimbas di lapangan terbang.

ORANG ramai disarankan untuk menyimpan bukti secara digital apabila menggunakan perkhidmatan kargo di mana-mana lapangan terbang di Malaysia.

Berdasarkan perkongsian dimuat naik pengguna akaun X @cygaraga, pengguna boleh merakam video untuk disimpan sebagai bukti terutamanya ketika mengambil bagasi di mesin pengimbas.

Menurutnya, ia sebagai langkah berhati-hati sekiranya terdapat kerosakan pada bagasi tersebut selepas keluar dari kargo pesawat.

BACA LAGI:[VIDEO] Tak membazir masa, guru Malaysia patut tiru sistem 'kyushoku' sekolah Jepun, didik murid tertib makan

BACA LAGI:Jangan takut dilabel 'jibam', tiada tempat untuk pembuli di IPMA, MRSM —Asyraf Wajdi

"Apabila selesai dan nak kumpul bagasi, pastikan sedia telefon bimbit dan rakam kalau ada kerosakan.

"Ada bukti digital ini senang nak tuntut insurans," tulisnya.

Hantaran itu merupakan maklum balas kepada video dikongsikan pengguna akaun @kamaghul yang memaparkan tindakan kakitangan sebuah syarikat penerbangan mencampak bagasi-bagasi penumpang.

Video tersebut turut menerima kecaman dan kritikan hebat daripada warga mayayang berang terhadap tindakan pekerja berkenaan.

"Tak normal. Ini cara malas buat kerja, sudahlah barang orang bukan barang sendiri. Harap syarikat ambil tindakan," komen @elmundziri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram