Pentingnya hantar e-mel kepada kedutaan, pengembara solo dedah kisah terselamat waktu pandemik ketika bercuti di Itali


  • Massa
  • Rabu, 09 Apr 2025

Orang ramai disarankan untuk memberi notifikasi kepada kedutaan Malaysia sebagai langkah berjaga-jaga ketika bercuti ke luar negara. — Gambar hiasan/Agensi

ORANG ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan lebih peka apabila bercuti ke luar negara. 

Menghantar maklumat diri dan notifikasi menerusi e-mel kedutaan Malaysia merupakan antara langkah berjaga-jaga yang boleh dilakukan terutamanya kepada pengembara solo. 

Ia bertujuan untuk memastikan dapat dihubungi atau dijejaki sekiranya berlaku sebarang situasi kecemasan ketika berada di luar negara. 

BACA LAGI: [VIDEO] Kejar adik ikut teman lelaki punca pemandu berhenti tengah jalan, kemalangan babit 3 kenderaan di Kampar

BACA LAGI: Meta sekat pengguna bawah 16 tahun buat ‘live’ di Instagram, perlu izin ibu bapa

Antara contoh maklum balas yang akan diterima pengguna selepas memberi notifikasi kepada kedutaan Malaysia. — Thread/@nadiaxworldmap

Sama seperti kisah dikongsikan oleh seorang pengguna akaun Thread @florahera yang pernah mengalami situasi tersebut. 

Menurutnya, langkah tersebut sememangnya berkesan selepas hampir perah terperangkap dalam waktu pandemik ketika bercuti di Itali pada 2020. 

"Saya memang buat ini (hantar e-mel) setiap kali mengembara solo dan ia sudah selamatkan saya ketika wabak pandemik Covid-19.

"Kedutaan Malaysia di Rome, Itali hubungi saya secara peribadi dan beritahu agar segera tinggalkan negara itu seawal mungkin iaitu sehari sebelum Perdana Menteri Itali umum penutupan rasmi di seluruh kawasan.

"Mereka hubungi saya melalui panggilan telefon, tetapi saya terlepas dan mereka cuba lagi sebelum akhirnya hantar mesej sama.

"Ketika itu, saya dah selamat keluar daripada Itali, tetapi mereka tetap hubungi saya dan bertanya sekiranya sudah berjaya atau tidak," ceritanya.

Mesej yang diterima pengguna terbabit pada waktu pandemik Covid-19. — Thread/@florahera

Dia pada masa sama berterima kasih kepada pihak kedutaan Malaysia kerana sentiasa peka dengan keadaan rakyatnya ketika waktu genting. 

Susulan itu, inidividu yang berada di luar negara disarankan untuk memberitahu maklumat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor pasport, tarikh sepanjang berada di negara terbabit serta perjalanan sepanjang percutian dengan nombor telefon untuk dihubungi ketika waktu kecemasan. 

E-mel juga boleh dihantar kepada kedutaan Malaysia mengikut negara yang dilawati. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram