[VIDEO] Ramai-ramai sepakat tolong kutip duit rider p-hailing 'terbang' atas jalan, inilah realiti rakyat Malaysia


  • Massa
  • Khamis, 10 Apr 2025

Tangkap layar video memaparkan beberapa individu membantu penghantar makanan itu mengutip wang kertas yang berterbangan di atas jalan raya.

INSIDEN dompet seorang penghantar makanan yang terjatuh di lebuh raya baru-baru ini menyentuh hati orang ramai. 

Menerusi video tular di media sosial sejak Khamis, penghantar makanan terbabit pada awalnya terpaksa mengutip kepingan wang kertas miliknya yang berterbangan di atas jalan. 

Kejadian itu juga dilihat berlaku ketika keadaan lalu lintas sedang bergerak perlahan. 

BACA LAGI: [VIDEO] Pengawal dah angkat bendera merah, rider 'degil' sampai rempuh pelajar melintas depan sekolah

BACA LAGI: Meta sekat pengguna bawah 16 tahun buat ‘live’ di Instagram, perlu izin ibu bapa

Melihat situasi tersebut, beberapa pengguna lain bertindak keluar dari kenderaan dan membantu individu berkenaan mengutip duit yang bertaburan itu. 

Mereka juga memulangkan semula wang kepada pemiliknya selepas memastikan tiada keciciran berlaku. 

Situasi itu sekali gus menunjukkan semangat tolong-menolong serta tanggungjawab sebagai masyarakat Malaysia dalam waktu kecemasan. 

"Inilah realiti rakyat Malaysia," komen Vikneswaran Devadas

"Itulah sikap rakyat Malaysia, walaupun kita berlainan (bangsa) kalau sesiapa ada masalah mesti kita bersatu," tambah Vanan Vanan

Bagaimanapun lokasi sebenar kejadian belum dapat dikenal pasti setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram