Meta sekat pengguna bawah 16 tahun buat ‘live’ di Instagram, perlu izin ibu bapa


  • Benua
  • Rabu, 09 Apr 2025

Pengguna berusia bawah 16 tahun disekat untuk menggunakan ciri siaran langsung di Instagram. — Gambar hiasan/Agensi

SYARIKAT teknologi di Amerika Syarikat (AS), Meta memperluaskan fungsi keselamatannya khusus buat pengguna berusia bawah 16 tahun di platform Instagram. 

Meta juga memaklumkan bahawa pengguna terbabit tidak dibenarkan untuk menggunakan ciri siaran langsung atau 'live' tanpa kebenaran ibu bapa.

Mereka juga perlu meminta kebenaran penjaga untuk menggunakan ciri lain seperti mematikan fungsi kabur automatik dalam mesej peribadi. 

BACA LAGI: [VIDEO] 'Umur 70-an tak patut memandu,' kejadian pemandu van sekolah 'pening' sampai lawan arus di Butterworth buat ibu bapa bimbang

BACA LAGI: [VIDEO] Bahaya! Banyaknya lubang disyaki akibat tanah mendap di Jalan Lebuh Utama Sri Gombak

Ciri keselamatan dinamakan sebagai Teen Accounts atau akaun remaja itu turut diperluaskan di platform Facebook dan Messenger. 

Menurutnya, sistem yang dikemas kini itu akan diuji di AS, United Kingdom, Kanada dan Australia untuk beberapa bulan akan datang.

Meta berkata, akaun remaja di Instagram digunakan sebanyak 54 juta pengguna bawah 18 tahun di seluruh dunia dengan lebih daripada 90 peratus daripadanya adalah berusia 13 hingga 15 tahun.

Sementara itu, Ketua Polisi Bersekutu Persatuan Kebangsaan Bagi Pencegahan Penganiayaan Terhadap Kanak-Kanak (NSPCC), Matthew Sowemimo berkata, pihaknya mengalu-alukan langkah itu diluaskan, namun perlu menapis kandungan berbahaya di platform tersebut.

"Agar perubahan ini benar-benar berkesan, ia mesti digabungkan dengan langkah proaktif supaya kandungan berbahaya tidak berleluasa di Instagram, Facebook dan Messenger di tempat pertama," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram