
SIASATAN terhadap tiga penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terlibat dalam pergaduhan dengan seorang peniaga belon di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) kini dalam fasa akhir.
DBKL memaklumkan, tiada maklumat lanjut dikeluarkan kerana kes tersebut sedang disiasat pihak polis.
"Langkah ini diambil sebagai menghormati siasatan polis yang sedang dijalankan.
"Untuk memastikan ia dapat berjalan dengan lancar, telus dan tanpa gangguan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
BACA LAGI: [VIDEO] DBKL rehatkan sementara 3 anggota terlibat kes 'Abang Belon'
BACA LAGI: ‘Kerja dapur bukan untuk perempuan saja’, majoriti sokong ibu bapa didik anak lelaki bantu sekali
Katanya, siasatan itu dimulakan berikutan pertengkaran antara penguat kuasa DBKL dengan Muhamad Za'imuddin Azlan atau lebih dikenali sebagai Abang Belon pada 28 Mac kerana menjalan operasi perniagaan tanpa lesen.
Susulan kejadian itu, DBKL memutuskan untuk merehatkan ketiga-tiga anggota terbabit sementara menunggu siasatan selesai.
Sebelum ini, laporan awal perubatan mendapati Abang Belon mengalami patah tulang dan kecederaan pada tisu lembut.
Bagaimanapun, pihak polis masih menunggu laporan perubatan penuh.
Fokus utama siasatan pula adalah untuk mencari punca kecederaannya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram