
MUSIM perayaan sinonim dengan aktiviti mengemas kediaman, namun siapa sangka kerja rumah yang rutin juga mampu membantu membakar kalori?
Pakar diet, Ahmad Mizah, berkongsi di Instagramnya bahawa kerja rumah juga boleh menjadi cara mudah untuk kekal aktif terutamanya musim perayaan.
Menurutnya, antara kerja rumah paling efektif ialah mengemop dan menyapu lantai yang boleh membakar hingga 300 kalori sejam.
BACA LAGI: Dua pelajar wanita Malaysia cipta sejarah, raih tempat di Kolej Harvard
BACA LAGI: Walau ramalan 'rich brown', merah jambu tetap jadi pilihan baju raya selebriti tahun ini
Melalui gerakan tangan ketika membersihkan cermin, ia membakar sekitar 200 hingga 300 kalori sejam. — Gambar hiasan/Freepik
Gerakan konsisten dan bertenaga dikatakan setanding dengan senaman kardio ringan.
Selain itu, vakum atau membersihkan karpet pula membakar antara 180 sehingga 250 kalori sejam.
Perbanyakkan pergerakan tangan dan kaki untuk melibatkan lebih banyak otot.
Bagi yang bertugas melipat baju, aktiviti ini turut menyumbang kepada pembakaran 150 hingga 200 kalori sejam.
Kerja ini boleh dilakukan sambil berdiri atau dalam posisi squat untuk hasil lebih baik.
Aktiviti mencuci tandas dan bilik mandi juga tidak kurang hebatnya, membakar hingga 300 kalori sejam melalui gerakan memberus yang memerlukan tenaga tambahan.
Tidak hanya itu, berkebun di halaman seperti mencabut rumput dan menyiram pokok bukan sekadar mengindahkan persekitaran, malah membakar hingga 400 kalori sejam.
Turut menyumbang kepada membakar kalori ialah naik turun tangga, terutamanya sambil membawa barang seperti pakaian.
Ia boleh membakar 400 sehingga 500 kalori sejam sekali gus mencatat pembakaran kalori tertinggi berbanding aktiviti lain.
Akhir sekali, membersihkan tingkap atau cermin pula melibatkan gerakan tangan yang berulang, membakar sekitar 200 hingga 300 kalori sejam. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram