
SATU video tular memaparkan seorang wanita yang secara senyap membuat isyarat tangan ketika bersama seorang lelaki di tempat awam mencetuskan perhatian ramai dan membuka mata orang awam tentang pentingnya memahami isyarat universal minta tolong.
Dalam rakaman itu, wanita berkenaan dilihat mengangkat tangan, melipat ibu jari ke dalam tapak tangan dan sehingga menarik perhatian orang yang lalu lalang.
Isyarat tangan ringkas yang kelihatan seperti gerakan biasa itu sebenarnya boleh menjadi panggilan kecemasan buat individu yang sedang berada dalam situasi bahaya.
BACA LAGI: Mohon ikat jamin dikurangkan sebab tanggung 2 anak, askar tumbuk pemandu wanita minta dibicarakan
BACA LAGI: Lelaki cari rakaman dashcam, anak saudara parah terjatuh ‘flyover’ dihimpit treler di Klang
Isyarat dikenali sebagai 'Universal Hand Signal for Help' itu melibatkan tiga pergerakan mudah iaitu ibu jari dilipat ke dalam tapak tangan (Tuck), ditutup dengan jari-jemari (Trap), dan kemudian dibuka semula (Lift).
Women use hand signals to call for help, all men should be vigilant about this pic.twitter.com/szqTCgicgJ
— Enezator (@Enezator) April 5, 2025
Ia dicipta untuk digunakan secara senyap, terutamanya ketika mangsa tidak dapat meminta tolong secara langsung.
Walaupun sering dikaitkan dengan wanita, semua pihak termasuk lelaki diseru untuk lebih cakna dan peka terhadap isyarat ini, tanpa mengira masa atau tempat.
Ini kerana, bahaya tidak mengenal musim. Sama ada waktu biasa atau ketika musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, seseorang mungkin sedang berusaha meminta tolong dalam diam.
Kalau kita tak tahu atau tak ambil peduli, peluang untuk bantu mungkin terlepas kerana isyarat berkenaan boleh dilakukan ketika panggilan video, berada di tempat awam, dalam kenderaan, atau ketika berbual dengan seseorang.
Tujuannya adalah untuk membolehkan mangsa mendapatkan bantuan tanpa mencetuskan kecurigaan pihak yang mungkin sedang mengawal mereka.
Orang ramai juga diingatkan supaya tidak mengabaikan jika terlihat isyarat tersebut.
Sebaliknya, mereka digalakkan untuk bertindak bijak dan selamat sama ada dengan bertanya khabar secara peribadi, mendapatkan bantuan pihak berwajib, atau berkongsi maklumat kepada mereka yang boleh membantu.
Satu isyarat yang mungkin nampak kecil dan ringkas, tetapi mampu menyelamatkan satu nyawa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram