Trend pasangan belum 'halal' sakan 'photoshoot' raya undang kebimbangan, mengalahkan suami isteri


Semakin ramai pasangan belum berkahwin mengadakan sesi penggambaran di studio bersama-sama sempena Hari Raya Aidilfitri. — Gambar hiasan direka menggunakan AI

TREND pasangan belum berkahwin yang mengadakan sesi penggambaran di studio bersama-sama sempena Hari Raya Aidilfitri menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Sebahagian besar turut berpendapat bahawa aktiviti tersebut boleh membawa implikasi negatif, khususnya dalam aspek nilai moral dan tanggungjawab sosial. 

Menurut seorang pengguna laman Facebook, Cik Qistina, kebimbangan terhadap trend pasangan muda mempamerkan hubungan sebelum perkahwinan bukan sekadar mengenai gambar yang dikongsi di media sosial, tetapi lebih kepada kesan jangka panjang.

BACA LAGI: [VIDEO] Puteri sulung jadi wajah kempen raya, Marion tak paksa anak ikut jejak langkah

BACA LAGI: [VIDEO] Patut ada dalam 'wishlist' pencinta alam, ketahui 7 lokasi wajib dikunjungi di Sumatera Utara

"Yang kita bimbangkan ini bukan sekadar gambar, tapi satu lapisan normalisasi yang kita sedang cipta untuk generasi akan datang.

"Sayangnya, apabila generasi sekarang sendiri pun seakan-akan 'menghalalkan' sesuatu yang jelas haram, apa lagi yang tinggal untuk dipertahan?

"Yang ada ilmu dan agama pun makin ramai memilih diam dan anggap ini sekadar pilihan masing-masing.

"Katanya...alah, setahun sekali saja pun… kita raikan. Tapi kita lupa, yang haram tetap haram walaupun ramai buat," tulisnya.

Akui Cik Qistina, cinta itu merupakan fitrah manusia, namun apabila tidak dijaga dengan syariat, ia boleh berubah menjadi fitnah.

Turut senada, tinieamzah berkata, tindakan segelintir pasangan yang belum menikah mengambil gambar seperti tiada batasan, agak membimbangakn.

"Siap duduk bersimpuh bersalam acah macam suami isteri. Ingatkan betul pasangan dah halal rupanya belum. 

"Kalau tak sentuh boleh terima lagi. Ini sampai jurugambar pun garu kepala. Mereka punya pose mengalahkan orang dah kahwin," ujarnya.

Sementara itu, ujar Juanita,  jurugambar memainkan peranan penting dalam membimbing klien agar tidak terjebak dalam tindakan yang boleh membawa kesan negatif kepada masyarakat.

"Jurugambar patut tanya dulu tentang status pasangan tersebut dan elak ambil upah mereka yang belum berkahwin untuk bergambar bersama bagi mengelakkan fitnah kelak," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram daTelegram