[VIDEO] Ridzokumura mohon warga maya titip doa buat Sky, kesihatan terganggu ketika beraya di luar negara


  • Relaks
  • Jumaat, 04 Apr 2025

Ridzuan memuat naik video menunjukkan Sky menerima rawatan daripada kakitangan kesihatan di rumah penginapan mereka. — Instagram/ridzokumura

JIKA sebelum ini beraya bertiga, kali ini takdir tertulis buat usahawan dan pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura meraikan Hari Raya Aidilfitri berdua bersama anaknya selepas pemergian isteri, Akiko Okumura pada Mac lalu.

Seperti kebiasaannya, Ridzuan sering membawa keluarganya bercuti ke luar negara tatkala menyambut Syawal, memandangkan beliau tidak lagi mempunyai ibu bapa.

Difahamkan, tradisi itu masih diteruskan pada tahun ini apabila pendandan rambut tersebut dilihat membawa anak tunggalnya, Sky Taizo Okumura bercuti ke luar negara baru-baru ini.

Destinasi percutian mereka bagaimanapun tidak didedahkan kepada umum, sebaliknya Ridzuan hanya berkongsi beberapa gambar dan video memaparkan gelagat dua beranak itu.

BACA LAGI: Polis rampas 6 jenis ubat dari rumah Ridz Okumura, siasat kemungkinan Akiko Okumura kemurungan

BACA LAGI: 'Akiko Okumura telah pergi meninggalkan saya dan anak selamanya', isteri Ridzuan Ridzokumura meninggal dunia

 

Bagaimanapun, perkongsian terbaharu usahawan berkenaan telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminatnya.

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya pada Jumaat, Ridzuan atau nama sebenarnya, Abdul Ridzuan Abdul Mutalib memuat naik video menunjukkan keadaan Sky yang sedang menerima rawatan daripada kakitangan kesihatan di rumah penginapan mereka, walaupun tidak dapat dipastikan sakit dialami.

Ridzuan dalam pada itu turut memohon orang ramai mendoakan kesihatan mereka berdua.

"Semoga Sky cepat sembuh. Doakan kami dua beranak," pintanya.

Untuk rekod, Ridzuan dan Allahyarham Akiko mendirikan rumah tangga pada Februari 2009 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram