'Tak hina pun', lelaki dedah pernah dapat gaji cecah RM5,000 hasil kerja kilang


  • Massa
  • Sabtu, 29 Mac 2025

Pekerjaan dalam sektor perkilangan juga mampu meraih pendapatan tinggi. — Gambar hiasan

SETIAP pekerjaan pastinya ada kelebihan dan cabarannya tersendiri yang tidak perlu sentiasa dipertikaikan.

Begitu juga dengan pekerjaan dalam industri teknikal termasuk di kilang.

Dengar sahaja pekerja kilang, tidak dinafikan terdapat stereotaip atau standard ditetapkan segelintir masyarakat.

Hal ini kerana, ada sesetengahnya yang beranggapan bahawa bekerja dalam sektor perkilangan tidak boleh maju ke hadapan mahu pun meraih pendapatan tinggi.

BACA LAGI: [VIDEO] Sindiket pengemis warga Kemboja di bazar Ramadan Ipoh terbongkar, rupanya 'kerja' cucu sendiri

BACA LAGI: [VIDEO] 'Penguat kuasa tiada lesson learn', ramai marah PBT patut 'slow down' tangani abang belon lagi-lagi di bulan Ramadan

Pemikiran itu bagaimanapun berjaya disangkal selepas melihat perkongsian seorang pengguna aplikasi X baru-baru ini.

"Aku kerja kilang dulu gaji asas RM2,300. Bulanan gaji paling sedikit adalah RM3,800 dan boleh cecah sampai RM5,000.

"Kerja kilang tak hina pun dan tidak semudah yang semua orang sangka.

"Bukan semua orang mampu kerja kilang," dedah @lokmanrml.

Mengulas lanjut, pengguna akaun @keemmazni juga tidak terlepas berkongsi pendapatnya tentang pekerja kilang.

Menurutnya, pandangan hina terhadap pekerjaan itu bermula sejak zaman persekolahan.

“Masa zaman aku sekolah sekitar tahun 90-an, mak suka cakap ‘kalau malas belajar nanti kerja naik bas biru (bas kilang).

“Mak cik, pak cik aku pun kerja kilang bukan sebab dia tak pandai. Dia pelajar cemerlang lagi cuma tak ada rezeki nak sambung belajar,” komennya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram