Kos menjahit bertambah, ibu bapa bimbang lencana Jalur Gemilang kurang berkualiti


  • Massa
  • Khamis, 27 Mac 2025

Lencana Jalur Gemilang yang akan diwajibkan untuk semua pelajar sekolah di bawaah KPM bermula 21 April nanti. — Gambar hiasan

PENETAPAN baharu untuk mewajibkan kesemua murid dan pelajar di bawah kendalian kerajaan memakai lencana Jalur Gemilang bermula 21 April nanti menerima pelbagai reaksi daripada ibu bapa. 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini mengumumkan bahawa akan mengedarkan lencana Jalur Gemilang secara percuma untuk dipakai pelajar berkenaan. 

Pemakaian lencana tersebut juga tertakluk kepada para pelajar di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, kolej matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG).

BACA LAGI: Pupuk nilai patriotik, pemakaian lencana Jalur Gemilang pada seragam murid bermula 21 April

BACA LAGI: [VIDEO] Budak 6 tahun di China tertusuk lidi gula-gula sampai ke otak, ibu bapa didesak lebih berwaspada

Tatacara pemakaian lencana Jalur Gemilang yang ditetapkan KPM.

Tujuan pengedaran lencana itu juga untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar.

Langkah tersebut secara tidak langsung menambah tugas ibu bapa dalam mempersiapkan kelengkapan sekolah anak-anak mereka. 

Antara keluhan yang diluahkan ibu bapa di media sosial adalah apabila mereka terpaksa menambah kos dan masa untuk menjahit lencana tersebut pada baju anak-anak. 

"Mohon kerajaan kaji semula kerana ramai ibu bapa mengeluh hal ini remeh dan menyusahkan mereka kerana perlu tambah kos menjahit. 

"Kalau seorang anak boleh lagi, tetapi kalau lebih? Ramai ibu bapa mohon pemakaian itu dibuat tahun depan (2026) bukan tahun ini (2025). 

"Jika ia jenis iron on (melekat) atau pin lagi baik serta jimat kos," komen Faiz Na'aman.

Ada juga ibu bapa yang berharap agar lencana yang diberikan oleh KPM berkualiti tinggi dan tahan lama. 

"Harap lencana bendera yang dibekalkan berkualiti warnanya tahan lama. Kalau lencana sulam pun boleh pudar warnanya, satu lagi masalah ibu bapa perlu fikir nak beli baharu pula," tambah Norman Ariffin. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram