
SATU per satu isu sepanjang bulan Ramadan muncul dan dibangkitkan di media sosial.
Selepas tular kekecohan di Jalan Tun Abdul Razak (TAR), Kuala Lumpur pada Jumaat, terbongkar pula sindiket pengemis di bazar Ramadan sekitar Ipoh, Perak baru-baru ini.
Menerusi video dimuat naik pengguna TikTok @ezzuchang, sindiket itu dapat dikesan selepas mengekori seorang wanita warga emas yang kelihatan mengemis di bazar.
BACA LAGI: [VIDEO] Jalan TAR kecoh lagi libat penguat kuasa DBKL, peniaga
Dalam video sama, dia juga turut menyerbu sebuah kereta yang dinaiki wanita berusia sekitar 85 tahun.
Katanya, warga emas itu memberitahu warganegara dirinya yang berasal dari Kemboja.
Kereta tersebut dilihat dipandu seorang lelaki dan perempuan di tempat penumpang.
Selepas beberapa kali diasak dengan soalan oleh pemilik video, lelaki tersebut akhirnya mengakui bahawa warga emas berkenaan adalah neneknya.
Individu terbabit turut mendakwa dirinya yang mengarahkan neneknya untuk mengemis setiap hari di bazar Ramadan.
Susulan pengakuan itu, pemilik video memberi amaran dan nasihat agartindakan sama tidak dilakukan lagi.
"Janganlah guna cara senang nak dapat duit. Kasihan nenek awak, dia orang tua," tegasnya.
Kes itu bagaimanapun belum dapat dipastikan sama ada sudah dilaporkan kepada pihak berkuasa atau tidak.
Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung perkara tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram