'Tunggu 5 hari belum ada respons', sistem mohon permit 'hiking' di Selangor kecewakan geng pendaki


  • Massa
  • Isnin, 24 Mac 2025

Ada yang kecewa permohonan permit mereka tidak diluluskan walaupun dimohon lebih awal.

PERUBAHAN dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dengan mulai tarikh 1 April, semua permit permohonan harus dilakukan secara dalam talian (online).

Geng pendaki mesti berbuat demikian menerusi Sistem e-Permit Perhutanan Selangor (SeForest) dengan permohonan harus diselesaikan 48 jam sebelum pendakian dilakukan.

Selain itu, pemohon juga perlu melunaskan bayaran dalam tempoh 24 jam sebaik saja permohonan permit diluluskan.

BACA LAGI: Mahu 'hiking' di Selangor? Pastikan mohon permit online mulai 1 April

BACA LAGI: Ingat balik konsep duit raya, tak mampu tak perlu bagi', ibu bapa perlu didik anak jangan meminta-minta

Kaki 'hiking' di Selangor perlu memohon permit jika ingin memasuki hutan simpan kekal. — The Star/YAP CHEE HONG

Permohonan permit itu perlu dilakukan lebih-lebih lagi jika pendaki mahu melakukan aktiviti mendaki di hutan simpan kekal seluruh Selangor.

Jika tiada permit dimohon, pendaki berpotensi untuk disabit dengan kesalahan denda dan penjara mengikut Akta Perhutanan Nasional 1984.

"Sesiapa yang didapati memasuki hutan simpan kekal tanpa permit yang sah boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Perhutanan Nasional 1984 yang membawa hukuman denda sehingga RM30,000 dan penjara sehingga lima tahun," kata Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

Tatkala inisiatif melakukan permohonan secara dalam talian secara sepenuhnya dilihat baik, masih lagi ada yang kecewa apabila permit mereka tidak diluluskan.

Jika tidak diluluskan kerana sebab-sebab munasabah, tidak mengapa. Sebaliknya, permohonan yang dilakukan langsung tidak mendapat maklum balas sama ada diterima atau tidak.

Ada yang melakukan permohonan sudah lebih dari 48 jam sebelum waktu pendakian namun sehingga kini masih belum menerima respons.

"Sebelum ini, ada mohon selama lima hari lebih awal pun masih tiada respons," luah Mona Mnoor dengan kecewa.

Mungkin situasi tersebut perlu ditambah baik oleh Jabatan Perhutanan supaya permohonan yang lebih lancar dapat dilakukan terutamanya apabila ia dijalankan secara atas talian secara sepenuhnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram