
KEBAKARAN hutan di Korea Selatan sudah menjadi tidak terkawal hingga kerajaan negara itu terpaksa mengisytiharkan darurat.
Kebakaran yang berlaku di selatan negara itu menyaksikan api marak menjilat beberapa hutan hingga menyebabkan empat nyawa terkorban.
Ia juga memaksa 1,500 penduduk terpaksa dipindahkan untuk mendapatkan perlindungan.
BACA LAGI: ‘Ini baru permulaan’, Israel beri amaran terus serang Gaza lepas bunuh 400 warga Palestin
BACA LAGI: Ella Martin wanita pertama juara pertandingan pandu traktor, pecah rekod acara tradisi 37 tahun
Kebakaran bermula di wilayah Sancheong pada Jumaat sebelum ia merebak ke beberapa wilayah lain di selatan negara tersebut.
Usaha pihak bomba untuk memadamkan kebakaran jelas mencabar kerana cuaca kering dan berangin melanda kawasan tersebut.
Akibatnya, tiga anggota bomba serta satu penjawat awam terkorban dengan enam lagi mengalami kecederaan.
Situasi getir yang melanda Korea Selatan itu memaksa pihak berkuasa mengerah 9000 ahli dengan 105 helikopter untuk memadam kebakaran yang merosakkan rumah-rumah dan juga tokong.
Menurut pemangku Presiden Korea Selatan, Choi Sang-mok, kebakaran itu mengakibatkan 6,300 hektar hutan hangus dijilat api.
Disebabkan situasi tersebut, Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Korea Selatan menjadikan Sancheong sebagai kawasan khas bencana.
Dengan pengumuman itu, ia membolehkan usaha untuk memadamkan kebakaran dan mengawal bencana dilakukan secara lebih terperinci. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram