
BERITA gembira buat penjawat awam apabila Bantuan Khas Aidilfitri 2025 akan dibayar pada minggu ini.
Menerusi kenyataan oleh Kementerian Kewangan (MOF) pada Isnin, bayaran sebanyak RM500 dan RM250 akan disalurkan kepada tiga kelas penerima berbeza.
Bayaran RM500 akan disalurkan kepada penjawat awam Gred 15 dan ke bawah, pegawai atau kakitangan lantikan kontrak, pegawai sambilan harian serta lantikan MyStep.
BACA LAGI: Guru KAFA, imam, bilal antara penerima BKK RM250 minggu depan
Manakala bayaran RM250 akan disalurkan kepada pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.
Jumlah serupa turut disalurkan kepada Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut.
"Untuk makluman, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2025 akan dibayar dalam minggu ini.
"Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan dan terus dijadikan pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi," kata MOF. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram