
BERBAKI seminggu sahaja lagi seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Maka, bermulalah trend membeli baju raya, kuih raya termasuk tradisi memberi duit raya.
Duit raya yang lazimnya diberikan kepada kanak-kanak, saudara-mara dan rakan-rakan yang lebih muda itu juga sudah menjadi amalan turun-temurun di Malaysia.
Pemberian duit raya antara amalan yang sering dilakukan ketika Aidilfitri. — Gambar hiasan
Meskipun ia bertujuan untuk memeriahkan sambutan dan sebagai tanda kasih sayang, tidak dapat dinafikan bahawa ia turut memberi tekanan kewangan kepada sesetengah keluarga, khususnya yang kurang berkemampuan.
Mengulas lanjut, rata-rata warga maya menyarankan agar masyarakat lebih fokus kepada tujuan asal menyambut Aidilfitri berbanding pemberian duit raya.
Seperti yang disuarakan oleh pengguna akaun X, @Rasyidinneedyou, pemberian duit raya diibaratkan sebagai satu sedekah dan tidak boleh dipaksa.
"Duit raya adalah sedekah, bukan benda yang harus kita tekankan. Tidak mampu tak perlu, jika mampu boleh beri," tulisnya.
Sementara itu, ada juga pandangan bahawa kanak-kanak perlu dididik sejak sejak awal untuk tidak sering mengharapkan duit raya.
"Perkara yang paling penting adalah ibu bapa perlu didik anak-anak untuk tidak meminta-minta duit raya.
"Individu pula perlu didik diri sendiri untuk tidak memerli tentang perkara ini, barulah tiada isu tertekan kalau tidak memberi," kata @anuarism.
Warganet turut menyokong dan menambah bahawa nilai yang diberikan juga tidak seharusnya dijadikan isu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram