TNB aktifkan skuad bencana, bersiap hadapi banjir Kelantan, Terengganu


  • Massa
  • Ahad, 23 Mac 2025

TNB menyediakan skuad bencana hadapi banjir di Pantai Timur.

BAGI menghadapi kemungkinan banjir yang melanda Pantai Timur terutamanya Kelantan dan Terengganu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengaktifkan skuad bencana sebagai langkah siap siaga.

Persediaan itu dilakukan selepas Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) mengeluarkan amaran bencana itu akan melanda kedua-dua negeri.

Skuad yang diaktifkan itu bertugas untuk memastikan bekalan elektrik tidak terganggu andai banjir melanda.

BACA LAGI: Mahu 'hiking' di Selangor? Pastikan mohon permit online mulai 1 April

BACA LAGI: 'Ingat balik konsep duit raya, tak mampu tak perlu bagi', ibu bapa perlu didik anak jangan meminta-minta

"Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil maklum ramalan awal banjir yang dijangka melanda beberapa daerah di Terengganu dan Kelantan bermula 23 Mac 2025, seperti yang dimaklumkan oleh Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN).

"Sebagai langkah persediaan, TNB telah mengaktifkan pasukan teknikal dan kesiapsiagaan bencana bagi memastikan bekalan elektrik dapat dikawal dengan selamat serta memastikan keselamatan orang ramai.

"Sekiranya banjir berlaku, bekalan elektrik di kawasan yang terjejas mungkin akan diputuskan sementara bagi memastikan keselamatan penduduk," kata TNB dalam kenyataan mereka.

Mengikut ramalan PRABN, banjir bakal melanda enam jajahan di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Baru, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

Sementara di Terengganu pula daerah seperti Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang dan Setiu dijangka akan berdepan banjir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram