
MUSIM perayaan tiba lagi dan semestinya permintaan terhadap tiket pengangkutan awam akan melambung tinggi untuk membolehkan orang ramai pulang ke kampung masing-masing.
Selain tiket bas ekspres, tiket Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) turut menjadi rebutan orang ramai sebagai alternatif pulang ke kampung.
Dengan harga berpatutan serta menawarkan perjalanan selesa, tidak hairan jika ramai yang berebut tiket ETS bagi memudahkan mereka pulang ke kampung pada Aidilfitri ini.
BACA LAGI: TNB aktifkan skuad bencana, bersiap hadapi banjir Kelantan, Terengganu
BACA LAGI: Mahu 'hiking' di Selangor? Pastikan mohon permit online mulai 1 April
Setakat Ahad, jualan tiket ETS hampir habis terjual dengan 178,148 daripada 261,116 tiket sudah pun disambar oleh orang ramai.
Dilaporkan, tiket ETS kini tinggal 10,958 dan orang ramai perlu segera mendapatkannya sebelum kehabisan.
Terdapat cadangan untuk tren kargo dihentikan seketika semasa Aidilfitri.
Melihat kepada situasi itu, terdapat cadangan untuk pihak KTMB bagi menambah bilangan perjalanan untuk memenuhi permintaan tinggi pada musim perayaan.
Malah, ada juga yang berpendapat KTMB sepatutnya menghentikan seketika perjalanan tren kargo pada musim perayaan bagi membolehkan bilangan tren ETS ditambah.
"Tiket hampir habis, KTMB bolehlah tambah bilangan tren lagi. Kalau sehari, berapa banyak yang boleh beroperasi?
"Tren kargo boleh dihentikan seketika seperti dua hari sebelum atau selepas Hari Raya. Seperti Kementerian Pengangkutan buat pada semua jalan raya dan lebuh raya di Malaysia," cadang Uda Saha.
Perjalanan ETS merangkumi lokasi-lokasi ke dari selatan hingga ke utara Semenanjung Malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram