'Bukan handrail tangga sekolah saja berkarat', ramai heret PPD, JPN ekoran kes tangan murid tertusuk besi


  • Massa
  • Ahad, 23 Mac 2025

Keadaan tangan murid yang cedera selepas terkena besi pemegang tangga berkarat. — Facebook

INSIDEN melibatkan tangan seorang murid cedera akibat tertusuk besi pemegang tangga yang berkarat di sebuah sekolah di Hulu Kinta, Ipoh, Perak Khamis lalu sememangnya menimbulkan kebimbangan ibu bapa. 

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah bagaimanapun berkata, selain siasatan, tindakan proaktif juga akan diambil segera bagi mengelak kejadian sama berulang.

Menurutnya, keselamatan pelajar adalah keutamaan dan pihak pengurusan perlu melaporkan sekiranya berlaku sebarang kerosakan yang mengundang bahaya di dalam sekolah.

BACA LAGI: Guru KAFA, imam, bilal antara penerima BKK RM250 minggu depan

BACA LAGI: [VIDEO] 'Baju sopan, tiada wanita berkemban', Douglas Lim disaran jadi duta perpaduan gara-gara lagu raya

Tangan murid yang cedera akibat tetusuk besi berkarat di sekolahnya. — Facebook

Susulan itu, beliau menggesa siasatan penuh dapat dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak dengan segera. 

Sementara itu, rata-rata ibu bapa meluahkan kekeselan mereka berhubung perkara tersebut di media sosial. 

Ada juga yang berkongsi pengalaman mereka ketika membuat aduan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) tentang kerosakan lain di sekolah. 

"Pergi PPD pun tiada guna. Anak saya tahun lepas (2024) darjah 1 kena besi karat di sekolah sampai berlubang kepala berjahit dan dah buat laporan pun masih tiada tindakan.

"Tiada tindakan dilakukan untuk betulkan besi longkang yang berkarat dan tajam," komen Elly Tashy Lia.

Bukan sekadar besi berkarat, terdapat juga masalah dan kerosakan lain di sekolah yang didedahkan oleh mereka. 

"Bukan bab handrail (pemegang tangga) berkarat sahaja, banyak aspek lagi.

"Longkang jadi sarang ular, atap tingkat atas nak jatuh, bumbung bocor, penutup longkang bahaya dan banyak lagi.

"Dah buat laporan dalam sistem, bertahun tiada respons," kata Cucu TokAyah.

"Kelas anak saya, kipas syiling ada tiga tetapi semua rosak. Anak balik gatal-gatal leher sebab panas dalam kelas," tambah Jiela As.

Justeru, pihak berwajib digesa untuk mengambil serius terhadap kualiti fasiliti sekolah demi kesejahteraan dan keselamatan para pelajar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram