
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM250 untuk guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal dan petugas masjid di seluruh negara sebanyak RM250.
Beliau berkata, bantuan itu akan diagihkan minggu depan dan memanfaatkan kira-kira 70,000 penerima dengan jumlah peruntukan RM17 juta.
"Sebelum ini saya umumkan bantuan Aidilfitri RM500 untuk penjawat awam.
"Ini juga termasuk RM250 untuk veteran tentera, sama ada pesara dan bukan pesara serta pesara.
"Malam ini saya ingin menghulurkan bantuan ini kepada guru KAFA, guru Takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut," katanya pada Jumaat.
BACA LAGI: Penjawat awam dapat 'duit raya' RM500, dah pencen terima RM250 mulai Isnin
Anwar merangkap Menteri Kewangan berkata, kerajaan mengiktiraf dan menghargai sumbangan besar individu tersebut yang membawa kepada keputusan untuk memberikan bantuan itu.
Kerajaan hari ini juga mengumumkan bantuan kewangan khas Aidilfitri RM500 untuk penjawat awam Gred 56 dan ke bawah yang akan dibayar pada 24 Mac.
Semua pesara kerajaan, termasuk veteran tentera berpencen dan tidak berpencen juga akan menerima RM250 di bawah bantuan khas perayaan itu. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram