
GARA-GARA mahu mengelak jalan berlubang di Jalan Felda Inas, Bandar Tenggara, Johor pada Jumaat, dua pelajar menjadi korban masalah kelemahan kemudahan awam yang tiada berkesudahan.
Insiden menyayat hati itu berlaku selepas motosikal yang dinaiki mereka terjatuh dan dilanggar sebuah kereta.
Menerusi video tular di media sosial, kedua-dua mayat mangsa terbaring di tengah jalan dengan lengkap berpakaian seragam sekolah.
BACA LAGI: 'Masih nampak dada', muzik video 'ganti' Mimi Fly tetap dikecam cemarkan bulan Ramadan
TRAGEDI Ramadan Sebab Mengelak Jalan Berlubang!!!
SIAPA yang harus pikul tanggungjawab untuk dua pelajar yang hilang nyawa awal pagi ini kerana dipercayai mengelak jalan berlubang?
Siapa? Wakil rakyat? Ahli Parlimen? Ketua Kampung? Kerajaan Negeri?
KEMALANGAN tragis berlaku… pic.twitter.com/ee0sJ2m9aN
— MYNEWSHUB (@mynewshub) March 21, 2025
Memetik laporan Buletin TV3, dua beradik meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pinang.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh dilaporkan berkata, mangsa yang maut ialah penunggang motosikal Yamaha Y110, Norhazim Kamaruzaman, 17, dan pembonceng, Nur Alif Ikhwan Kamaruzaman, 16.
Katanya, kedua-dua mangsa parah di kepala dan badan serta meninggal dunia di lokasi kejadian.
Insiden itu secara tidak langsung menjadi tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengambil tindakan wajar terhadap keadaan jalan raya di lokasi tersebut.
Namun, terdapat beberapa langkah boleh dilakukan oleh mangsa atau ahli keluarga untuk menuntut ganti rugi kemalangan akibat jalan berlubang.
Antaranya adalah membuat laporan polis dengan segera, mengambil gambar lubang jalan, kerosakan kenderaan dan kecederaan dialami.
Seterusnya, dapatkan maklumat saksi dengan mencatat nama serta butiran perhubungannya.
Mereka juga perlu mengenal pasti pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan jalan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) atau syarikat konsesi.
Kemudian, kemukakan tuntutan ganti rugi kepada pihak berkenaan bersama bukti yang dikumpul serta mendapatkan nasihat guaman bagi memastikan proses berjalan lancar.
Ia berkemungkinan akan berhasil sama seperti kes seorang penunggang motosikal yang cedera akibat kemalangan jalan berlubang empat tahun lalu di Pasir Gudang, Johor.
Mangsa berjaya memperoleh ganti rugi RM721,000 daripada sebuah syarikat penyelenggara jalan.
Keputusan itu juga dibuat oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram