'Masih nampak dada', muzik video 'ganti' Mimi Fly tetap dikecam cemarkan bulan Ramadan


  • Massa
  • Khamis, 20 Mac 2025

Tangkap layar muzik video baharu Mimi Fly yang masih dikecam kerana boleh mencemarkan bulan Ramadan.

MESKIPUN diserang dan dikecam hebat oleh warganet, usaha penyanyi dan penulis lirik Mimi Fly untuk menyebarkan karyanya menerusi lagu Serumpun tidak luntur.

Mimi Fly atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norisham sebelum ini dikritik kerana berpakaian tidak sopan dalam muzik videonya dan dikatakan seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadan. 

Pakaian tersebut juga dikatakan seakan-akan 'berkemban' atau seperti membalut badan menggunakan tuala selepas mandi. 

BACA LAGI: 'Sebagai pelajar sastera, lagu ini best, penuh ideologi bangsa serumpun', warga maya tertarik lagu raya Serumpun, Mimi Fly

BACA LAGI: Tarikh lihat anak bulan Syawal 30 Mac di 29 lokasi

Busana yang dipakai Mimi dalam muzik video awal sebelum diubah.

Sedar akan kekhilafannya, penyanyi itu dengan pantas memohon maaf dan memuat naik muzik video baharu yang menampilkan busana lain.

Tindakannya itu juga meraih perhatian dan dipuji ramai kerana berani menerima kritikan dan memperbetulkan kesilapan.

Rata-ratanya juga memuji pemilihan pakaian di video baharu lebih sopan dan sesuai dengan tema Hari Raya Aidilfitri. 

Bagaimanapun, ada juga segelintir warga maya yang masih tidak dapat menerima dan menganggap ia tetap mencemarkan bulan mulia ini. 

"Ini video baharukah? Masih nampak dada? Di mana sopannya," komen Rara Ghaz

Bukan itu sahaja, terdapat juga dakwaan mengatakan bahawa kontroversi itu sengaja dicetuskan oleh pihak Mimi untuk meraih jumlah tontonan. 

"Macam cara nak naikkan view, nak bagi orang kenal mana yang belum kenal. Benda dah siap dah.

"Muat naik dahulu yang tak sopan. Bila dah panas, padam dan muat naik yang rasmi," tulis Nur Afini

Bagaimanapun, lagu tersebut tidak dapat dinafikan mendapat sambutan baik majoriti pendengar kerana keunikannya yang mengangkat konsep penyatuan masyarakat Nusantara dengan penggunaan metafora seperti 'serai serumpun' dan 'sirih tersusun' melambangkan perpaduan dan kebersamaan dalam menyambut Syawal. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram