Debaran kian terasa, ikuti cara pantas semak keputusan UPKK


  • Massa
  • Khamis, 20 Mac 2025

Kesemua calon boleh menyemak keputusan UPKK bermula Khamis.

KEPUTUSAN Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2024 kini boleh disemak pada Khamis.

Menerus maklumat dikongsikan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), kesemua calon boleh membuat semakan bermula pukul 2 petang.

Keputusan juga dapat disemak dengan menggunakan cara yang mudah. 

BACA LAGI: 'Sampai ganggu bayi tidur', penduduk gesa pihak masjid di Taman Sri Pulai turunkan bunyi 'speaker' mengaji sebelum subuh

BACA LAGI: [VIDEO] Sempat muat naik status, staf MAS hilang ketika memancing di bawah jambatan Klang

Pengumuman semakan keputusan UPKK 2024.

Kesemua calon hanya dikehendaki untuk menggunakan nombor MyKid dan angka giliran di laman sesawang https://semakan.islam.gov.my untuk semakan.

Manakala, untuk mendapatkan slip keputusan UPKK 2024, ibu bapa atau penjaga perlu mengambilnya sendiri di sekolah masing-masing bermula pukul 9.30 Jumaat, 21 Mac 2025.

UPKK adalah antara peperiksaan yang dijalankan bertujuan menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid dalam bidang pengajian al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Adab, Jawi dan asas Lughatul Quran.

Peperiksaan itu juga diwajibkan bagi setiap murid Tahun 5 yang mengikuti kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram