
PASUKAN terbaik perlu diturunkan Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi aksi timbal balik pusingan 16 pasukan Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite menentang Buriram United di laman sendiri pada Selasa.
Mereka yang terikat tanpa jaringan dalam aksi pertama di Thailand minggu lalu perlu menampilkan aksi lebih baik, terutamanya dari segi serangan jika mahu mara ke peringkat suku akhir.
Peranan itu sudah pasti digalas di bahu pengendali Harimau Selatan, Hector Bidoglio yang perlu memilih kesebelasan utama terbaik dalam usaha menembusi gawang pihak lawan.
BACA LAGI: Bidoglio optimis Castillejo cepat serasi, segera beri impak lebih besar
BACA LAGI: Disebut rebut posisi sayap kanan, ada 3 sebab Castillejo bukan pengganti Arif Aiman
Paha Castillejo berbalut ketika dia berada di padang latihan baru-baru ini. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
Namun, dilema melanda jurulatih kelahiran Colombia itu apabila bintang baharu pasukan, Samu Castillejo dilaporkan masih cedera selepas penampilan pertamanya tempoh hari.
Hal itu dikenal pasti selepas bekas pemain AC Milan berkenaan didapati membalut pahanya di padang latihan dengan perkhabaran tersebut menimbulkan kegusaran terhadap peminat JDT.
Ini kerana mereka mahu menyaksikan penglibatan lebih rancak daripada penyerang sayap berkenaan selepas dia hanya beraksi pada separuh masa kedua ketika aksi di Thailand.
Jadi, masing-masing mula menzahirkan ucapan yang mengharapkan kesembuhan buat pemain kelahiran Sepanyol itu supaya tempoh permainannya di laman sendiri lebih lama berbanding sebelum ini.
"Semoga cepat sembuh Samu," kata Nur Izara Azhar.
Bidoglio perlu memastikan sama ada Castillejo bersedia untuk diturunkan atau sebaliknya. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
"Harapanya dia OK menjelang berdepan Buriram United," kata Wan Ismail.
"Semoga elok nanti, bolehlah dia meledak gol," kata Belang Harimau Selatan.
Punca dan tahap kecederaan dialami pemain berusia 30 tahun tersebut tidak dapat dipastikan, namun ramai beranggapan kualiti padang di gelanggang Buriram United menjadi sebab utama.
Ini selepas rata-rata penyokong skuad Harimau Selatan kurang berpuas hati dengan permukaan permainan sehingga ada beranggapan ia tidak menepati syarat ditetapkan AFC.
Sebelum ini, Bidoglio percaya Castillejo dapat menyesuaikan diri dengan segera bersama JDT yang bercita-cita besar dalam kempen ACL Elite kali ini.
Ini kerana khidmatnya amat diharapkan supaya juara bertahan Liga Super itu dapat layak ke peringkat suku akhir buat kali pertama dalam sejarah kelab. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram