
PERUMPAMAAN 'ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi' nampaknya berlaku kepada Nurdiana Syafiqah berikutan ibunya pernah bergelar pemain bola sepak pada era 90-an dan ayahnya merupakan jurulatih di Rhino Football Academy.
DNA bola sepak yang mengalir dalam darahnya itu menjadi faktor besar anak kedua dari lima beradik berkenaan mula menyertai Rhino Football Academy pada usia tujuh tahun. Kini, dia merupakan penjaga gol untuk Pasukan Bola Sepak Wanita Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP).
Minat dalam bola sepak semakin menyubur apabila anak jati Kuantan, Pahang berkenaan sering mendapat peluang menjadi maskot untuk mengiringi pemain skuad Tok Gajah bermula dari usia lima hingga 11 tahun.
BACA LAGI: Permata Pahang mahu ikut jejak Azurin, tunggu khabar dari Indonesia, Thailand dan Singapura
BACA LAGI: Kontrak Megat Amir hampir tamat bersama NSFC, jangan tunggu lama-lama Penang nanti dikebas TBG
Malah, hubungan erat itu yang menyebabkan ramai pemain senior mengenali dan mengikuti perkembangan Nurdiana hingga ke hari ini. Bahkan, mereka juga kerap memberikan sokongan kepadanya, baik dari segi moral mahupun material.
Ibu kepada Nurdiana iaitu Norrulhuda Md Daud, 41, berkongsi bahawa beberapa pemain kebangsaan seperti tonggak Sri Pahang, Azam Azih; penjaga gol Sabah FC, Khairul Fahmi Che Mat dan bek Johor Darul Ta'zim, Matthew Davies sering memberikan hadiah peralatan sukan kepada Diana, termasuk kasut bola dan bola latihan.
Azam ketika menghadiahkan kasut bola kepada Nurdiana.
"Diana ini asalnya memang rapat dengan semua pemain macam Apek (Khairul Fahmi), Farizal Marlias, Khairul Azhan dan Matt Davies. Sejak lima tahun, dia memang dah escort pemain di stadium.
"Dia memang dah kenal dengan pemain-pemain, sampai sekarang pun akak masih kongsi perkembangannya dengan Apek dan lain-lain. Bila Apek tahu dia sudah jadi penjaga gol, terus dia cakap DNA sudah turun pada Diana yang dipanggil adik.
"Diana juga rapat dengan Matt Davies. Saya masih ingat lagi Matt pernah belikan kasut boling untuk dia sebab Diana ada kejohanan boling. Bola boling semua. Azam pun pernah beli dia kasut bola bila dapat tahu Diana dapat SSMP," katanya kepada Majoriti.
Untuk rekod, Nurdiana memaklumkan bahawa anaknya sedang melakukan persiapan bersama SSMP untuk Liga Super Wanita (WSL) anjuran Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang berlangsung selepas perayaan Aidilfitri.
Antara momen Nurdiana beraksi menentang Steffi di pentas LWN.
Nurdiana berkata, FAS WSL 2025 merupakan tahun ketiga penyertaan remaja berusia 17 tahun itu apabila kali permata Norrulhuda menyertainya bersama SSS Leopard dan menyarung jersi SSMP pada 2024.
Selain itu, pelajar SMMP berkenaan juga beraksi untuk cabaran Liga Wanita Nasional (LWN) musim 2024 dan khidmatnya pernah digunakan ketika menentang Kelana United dan dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan ketika menentang Melaka.
Walaupun aktif dalam sukan, Nurdiana tetap memberi perhatian kepada akademiknya dengan tahun ini dia akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram