'Fusion' Arif Aiman-Bergson dalam liga perlu diterjemah padam ego Burriram United


  • Podium
  • Selasa, 11 Mac 2025

Prestasi gandingan Bergson dan Arif Aiman dalam Liga Super ditagih untuk aksi menentang Buriram United pada Selasa.

SELURUH penyokong bola sepak Malaysia pastinya tertumpu kepada perlawanan antara Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Buriram United dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) Pusingan ke-16 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor pada Selasa (11 Mac).

Bukan sahaja di Malaysia aksi timbal balik Pusingan ke-16 ACLE itu pastinya menjadi tumpuan penyokong di Thailand kerana ia melibatkan pertembungan dua gergasi di Asia Tenggara.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di Chang Arena, Thailand pada 4 Mac lalu sekali gus mencatatkan dua keputusan seri dalam aksi terakhir.

BACA LAGI: 'Keep going Pa, ALLAH tak pernah tidur', status isteri Fadhli Shas bikin fans Sri Pahang berteka-teki

BACA LAGI: Sekali lagi layak ke Asia, pengaruh Kinoshi mampu bawa Hiroki Sakai sertai Selangor

Bagaimanapun, skuad kendalian Hector Bidalgio telah mempersiapkan pasukan menjelang aksi penting dalam misi untuk merekodkan sejarah baharu layak ke peringkat suku akhir ACLE.

Mengulas lebih lanjut mengenai perlawanan antara JDT dan Buriram United, bekas jurulatih Harimau Malaya, Reduan Abdullah berharap persembahan gandingan Bergson da Silva dan Arif Aiman Hanapi dalam Liga Malaysia (Liga M) dapat diterjemahkan pada perlawanan tersebut.

Reduan juga memberikan kredit kepada keseluruhan persembahan JDT dalam saingan ACLE musim ini sehingga layak melepasi peringkat kalah mati.

"Bagi pandangan saya, JDT ada kelebihan untuk mara ke pentas suku akhir ACLE kerana beraksi di halaman sendiri dan persembahan di ACLE juga tidak mengecewakan.

"Untuk layak ke peringkat suku akhir, gandingan Arif Aiman dan Bergson dalam liga (Liga Malaysia) wajar untuk diterjemahkan pada perlawanan malam ini (11 Mac).

"Jika gandingan Arif Aiman dan Bergson berjaya diterjemahkan dalam perlawanan menentang Buriram United, Harimau Selatan mempunyai peluang besar untuk layak ke suku akhir," katanya kepada Majoriti.

Menyentuh tentang hanya empat sasaran tepat dilakukan JDT ke gawang gol Buriram United pada 4 Mac lalu, Reduan berharap Hector Bidalgio sudah merencankan sesuatu di barisan serangan.

"Hanya empat 'shot' dalam 90 minit pada perlawanan lalu, pihak pengurusan JDT pastinya akan melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah tersebut.

"Saya fikir apa yang JDT perlu pertingkatkan di barisan serangan, kerana mereka hanya mampu melakukan empat 'shot' pada perlawanan pertama.

"Saya rasa semua pemain terutamanya Arif Aiman perlu berikan yang lebih sama seperti perlawanan sebelum-sebelum ini jika mau langkah ke suku akhir.

"Ramalan saya, JDT akan menang dua gol tanpa berbalas jaringan dan berharap keputusan positif dapat diterjemahkan," jelasnya.

Aksi antara JDT-Buriram United dijadualkan berlangsung pukul 8 malam di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa (11 Mac). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram