
TIGA pemain hangat kini dikaitkan sebagai calon naturalisasi bagi memperkuatkan skuad Harimau Malaya menjelang pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia hujung bulan ini.
Mereka ialah penyerang utama Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva, perancang Sri Pahang, Manuel Hidalgo dan penggempur Kuching City FC, Jordan Mintah.
Daripada ketiga-tiga pemain itu, Bergson dilihat sebagai pilihan utama berdasarkan statusnya selaku penjaring terbanyak Liga Super musim ini.
BACA LAGI: NSFC, kelab Borneo jadi destinasi terbaik Luqie berbanding pilih ke Selangor
BACA LAGI: Raih bekalan selesa ke atas Real Sociedad, Sevilla sindir Man United
Penyerang berbisa Harimau Selatan, Bergson da Silva. — Facebook/JDT
Namun, proses naturalisasinya masih memerlukan tempoh setahun lagi untuk diselesaikan.
Ini bermakna, Bergson hanya boleh beraksi bersama skuad negara dalam perlawanan terakhir Kumpulan F menentang Vietnam pada 31 Mac 2026.
Pemerhati sukan negara, Rizal Hasim berpandangan bahawa kehadiran Bergson mampu memberi impak besar kepada pasukan, terutamanya dalam aksi menentang Vietnam.
"Pilihan yang ada adalah mempercepatkan proses naturalisasi Bergson agar dia dapat diturunkan dalam perlawanan menentang Vietnam.
"Adakah ini langkah terbaik? Ia masih terbuka kepada perbincangan, tetapi tidak dinafikan Bergson boleh memberikan nilai tambah kepada pasukan kebangsaan,” katanya kepada pemerhati tanah air, Fina Nasrom.
Sebagai rekod, Bergson, 34, menyertai JDT secara pinjaman pada 2 Mac 2021.
Malaysia dijadual memulakan kempen pusingan ketiga kelayakan Piala Asia dengan menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, pada 25 Mac ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram