
SELEPAS sudah lima tahun berkelana di luar negara, Luqman Hakim Shamsudin dilaporkan terbuka untuk kembali ke tanah air untuk menyambung kariernya yang semakin sepi tanpa sebarang perkhabaran kebelakangan ini.
Dia yang menyertai pasukan Jepun, Yokohama YSCC secara pinjaman tahun lalu masih belum menunjukkan sebarang hasil selepas bermusim-musim berada dalam skuad simpanan KV Kortijk.
Menyedari perkembangan kariernya kian terbantut, penyerang berusia 22 tahun tersebut dilaporkan bersedia untuk kembali dengan kemungkinan untuknya berbuat demikian mencecah 90 peratus.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Where are they now?', 11 bintang AMD termasuk Luqman Hakim pernah 'bantai' Tajikistan 6-2
BACA LAGI: Tinggal baki setengah tahun di Belgium, Luqman Hakim patut pertimbang 3 kelab Liga Super
Luqman Hakim sudah tentu berminat untuk kembali ke pangkuan Selangor FC.
Bagaimanapun, setakat ini, destinasi pilihannya masih belum dikongsikan dengan ramai beranggapan dia akan memilih Selangor FC yang merupakan kelab terakhirnya sebelum dia berkelana ke luar negara.
Namun, pada Sabtu, sebuah lagi gergasi bola sepak tempatan, Terengganu FC dilaporkan turut berminat dengan khidmat penyerang kelahiran Kelantan itu sekiranya dia mahu kembali beraksi dalam Liga Malaysia.
Hal itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Mohd Sabri Abas yang menyatakan pihaknya membuka pintu luas untuk menerima Luqman Hakim jika rundingan dapat menemui kata sepakat.
Keterbukaan dikongsikan pihak pengurusan Terengganu FC itu membuatkan penyokong skuad Sang Penyu mula berasa teruja dengan mengharapkan perpindahan berkenaan dapat dimeterai.
"Luqman Hakim mempunyai tahap skil yang baik. Kaki kiri dan kanannya hidup dan lariannya juga laju. Inilah apa yang kita mahukan. Yang sedia ada perlu beraksi dengan kelincahan lebih baik, barulah menarik perhatian.
Skuad Sang Penyu pasti tidak mempunyai sebarang masalah untuk menerima kehadiran Luqman Hakim. — Facebook/Terengganu FC
"Tetapi, sekiranya masing-masing tidak berubah, rugilah Terengganu FC kerana kita memerlukan pemain berkualiti. Semoga Luqman dapatlah sertai skuad Sang Penyu, insya-ALLAH," kata Lan Taman.
"Bagus juga sekiranya Terengganu FC bawa masuk Luqman Hakim ni. Bolehlah dia bersaing dengan Akhyar (Rashid) di posisi sayap kiri atau kanan," kata Mohamad Sabri.
"Ambillah Luqman Hakim ni. Barulah 'ubi muda' lain lebih bersungguh-sungguh untuk rebut tempat," kata Mohd Dhuha Zakaria.
Berdasarkan laporan sebelum ini, kontrak bekas penyerang skuad Bawah 16 Tahun (B-16) negara itu bersama KV Kortijk di Belgium akan berakhir pada Jun ini.
Selepas hanya merekodkan dua penampilan dalam liga senior, Luqman Hakim memilih untuk tidak lagi beraksi di Eropah dengan keputusan itu menerima sokongan daripada peminat bola sepak tanah air. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram