'Gerakan senang dibaca,' Darren Lok dituduh punca gagal bantu Sabah raih 3 mata berharga di MBPJ


  • Podium
  • Khamis, 27 Feb 2025

Darren Lok gagal menyempurnakan sepakan penalti sekali gus menyaksikan Sabah FC sekadar berkongsi satu mata bertemu Selangor FC. — Facebook/Sabahfc

PERLAWANAN menarik antara Selangor FC dan Sabah FC berakhir dengan keputusan seri 0-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor.

Aksi yang berlangsung pada Khamis itu menyaksikan kedua-dua pasukan seimbang dalam melakukan serangan ke kubu lawan masing-masing.

Kedua-dua pasukan turun dengan misi penting bagi mendapatkan tiga mata berharga namun kedua-dua pasukan dilihat buntu dalam mencari jaringan.

BACA LAGI: [VIDEO] JDT belum puas, sambar bekas penyerang AC Milan

BACA LAGI: 'Import standard lokal', fans Pahang berang bek tengah dibuang padang punca Sang Penyu mudah cetak 3 gol

Selangor FC dan Sabah FC sekadar berkongsi satu mata. — Facebook/Sabahfc

Dalam babak pertama aksi di MBPJ, kedua-dua pasukan berjaya membuat percubaan tepat ke arah gawang gol, namun penjaga gol Sabah, Damien Lim dan Selangor, Kalamullah Al Hafiz beraksi cemerlang.

Bersambung babak kedua, Sabah hampir membuka jaringan pertama menerusi sepakan penalti selepas Saddil Ramdani dijatuhkan dalam kotak penalti.

Namun, sepakan yang diambil oleh Darren Lok berjaya diselamatkan Kalamullah pada minit ke-76 permainan.

Memasuki minit-minit akhir di MBPJ, kedua-dua pasukan masih buntu mencari jaringan dan keputusan berakhir dengan 0-0.

Susulan keputusan seri itu, ramai penyokong tidak berpuas hati dengan penyerang Sabah FC, Darren Lok yang gagal memanfaatkan peluang keemasan dalam memburu tiga mata berharga di laman lawan.

"Macam itukah tendangan penyerang kebangsaan, lemah betul, pintu gol sudah terbuka luas pun masih tak boleh gol," kata Sinin Matleh.

"Gerakan Darren Lok senang kena baca, sebab itu kiper Selangor boleh tangkap kemas," kata Wilson Amin.

"Kalau macam itu tendangan memang tak gol, lemah punya tendangan," kata Billy Sim.

Selangor berada di kedudukan kedua liga dengan 43 mata, manakala Sabah di tangga ketiga dengan 35 mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram