
TERENGGANU FC kembali mendapat rentak kemenangan apabila selesa menewaskan Sri Pahang FC dengan keputusan 5-1 di Stadium Temerloh, Pahang pada Khamis.
Selepas diikat Kuching City FC 2-2, Sang Penyu pastinya berharap dapat mengakhiri penantian dua perlawanan tanpa kemenangan.
Babak pertama menyaksikan skuad Peteh terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit kedua menerusi Akhyar Rashid.
BACA LAGI: [VIDEO] JDT belum puas, sambar bekas penyerang AC Milan
BACA LAGI: 'Gerakan senang dibaca,' Darren Lok dituduh punca gagal bantu Sabah raih 3 mata berharga di MBPJ
Akhyar tidak berdepan masalah melepaskan rembatan padu yang menewaskan penjaga gol Sri Pahang, Zarif Irfan Hashimuddin.
Giliran kapten pasukan, Safawi Rasid pula merobek pintu gawang Tok Gajah apabila melepaskan satu rembatan tepat ke penjuru atas gawang tuan rumah 17 minit kemudian.
Tuan rumah terus ditimpa malang apabila bek tengah Serbia, Aleksandar Cvetkovic diarah keluar padang pada minit ke-27.
Terengganu menambah gol melalui Safwan Mazlan pada minit ke-28 selepas bola muntah terlepas dari tangan Zarif Irfan.
Penyerang Tok Gajah, Sergio Aguero merapatkan jurang buat Sri Pahang pada minit ke-39.
Meskipun cuba dihalang penjaga gol Peteh, Syed Nasrulhaq Syed Bidin, Aguero memastikan Sri Pahang ketinggalan 3-1 sehingga rehat.
Sang Penyu berpesta gol di gelanggang lawan dengan menewaskan Sri Pahang FC. — Facebook/Terengganufc
Babak kedua menyaksikan Fandi memasukkan Ibrahim Manusi dan David Rowley untuk mengubah momentum perlawanan kepada Tok Gajah. Namun, usaha itu gagal.
Sebaliknya, Ismaheel Akinade menambah gol keempat Terengganu pada minit ke-59.
Pemain tengah Filipina, Manuel Ott melengkapkan malam gemilang Peteh dengan gol kelima pada minit ke-89.
Kekalahan memalukan di tangan Terengganu membuatkan penyokong Tok Gajah mengeluarkan gurauan dengan menyatakan bahawa pasukan mereka simpan kuku sebelum bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2024 yang dijadual pada 12 April nanti.
"Pahang sengaja tak nak tunjuk taktikal Fandi sebab nak kejar Piala Malaysia untuk slot ke ACL2," kata Naim Zahari.
"Tak apa, final nanti kita jumpa JDT,baru tunjuk skill Pahang," kata Waq Lyn.
"Tak boleh juga terlalu perform, nanti JDT tahu pula taktikal Pahang," kata Roslan Adam.
Keputusan itu menyaksikan Terengganu terus mengejar Sabah FC di tangga ketiga dengan 31 mata. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram