
SEKTOR akademik negara bakal melalui perubahan besar dengan pembahagian kategori mengikut keupayaan sekolah akan diperkenalkan bagi tahun ini.
Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada perancangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menuju ke arah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2026-2035.
Dalam memperkukuh sistem pendidikan negara, sekolah akan dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu Sekolah Fokus, Sekolah Aspirasi dan Sekolah Inspirasi.
BACA LAGI: Nahas 3 sekawan, remaja lelaki maut tersepit kereta dipandu terbabas di Kota Bharu
BACA LAGI: ‘Terdengar suara jerit kesakitan’, ibu 3 anak maut disyaki ditikam kekasih di Melaka
Mensasarkan penambahbaikan efektif terhadap prestasi pelajar mahupun pembangunan akademik, perubahan itu walau bagaimanapun menerima pelbagai maklum balas masyarakat khususnya ibu bapa dan golongan pendidik negara.
Lantang bersuara, Pakar Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad tampil memberi pencerahan yang menurutnya, satu keputusan tidak wajar.
Jelasnya, pembahagian sekolah mengikut ranking hanya akan mengakibatkan budaya bertanding berleluasa, sekali gus menjatuhkan pencapaian akademik pelajar.
Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad.
"Apa yang pasti ranking sekolah akan menyebabkan budaya bertanding berleluasa selepas ini.
"Matlamat persekolahan selepas ini bukan lagi tentang keseronokan anak-anak belajar tetapi lebih kepada usaha bagaimana untuk naikkan gred sekolah, dari sekolah fokus kepada sekolah aspirasi dan seterusnya ke sekolah inspirasi.
"Anda akan lihat berbagai 'keanehan' strategi, belajarlah dari sejarah pelaksanaan Sekolah Berprestasi Tinggi dulu. Misalnya, semata-mata nak jadi sekolah Berprestasi Tinggi, dikumpulkan semua murid cemerlang UPSR dalam satu daerah di sebuah sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah Berprestasi Tinggi," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Tambahnya, keutamaan KPM seharusnya ditumpukan kepada kelengkapan fasiliti dan kemudahan sekolah di luar bandar yang masih kekurangan dana.
Menyuarakan kerisauan terhadap golongan pelajar bermasalah, kategori pembahagian sekolah boleh menimbulkan kesukaran dari segi prestasi Gred Purata Sekolah (GPS) yang sepatutnya menjadi fokus utama KPM.
"Saya tertanya juga apakah murid bermasalah pembelajaran akan terus diraikan di kelas inklusif jika prestasi GPS dijadikan indikator utama untuk sekolah.
"Pada saya, tidak perlu pun dipromosikan ranking sekolah ini, memadai digunakan untuk urusan dalaman kementerian sahaja dan selama ini pun Kementerian Pendidikan memang sudah mempunyai semua data keperluan setiap sekolah di negara ini.
"Memajukan sekolah tak perlu kepada budaya ranking, sebab sekolah bukan untuk dipertandingkan. Kemudahan semua sekolah sepatutnya dilengkapkan tanpa mengira lokasi maka kembalilah pada tujuan asas, mengapa sekolah diwujudkan," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp