Hadir saksikan aksi di Bandaraya, ekor Harimau Kumbang syok habis andai ubi JDT sertai Syamer Kutty di Penang FC


  • Podium
  • Rabu, 19 Feb 2025

Syamer (kiri) mula mendapat rentak selepas menyertai skuad Harimau Kumbang secara pinjaman pada awal musim lalu. — Facebook/Penang FC

BAGI memastikan setiap pemain meraih minit permainan mencukupi, Johor Darul Ta'zim (JDT) mengambil keputusan meminjamkan beberapa pemain kepada pasukan-pasukan Liga Super.

Tindakan tersebut mewujudkan situasi menang-menang buat kelab tanah air kerana mereka boleh mendapatkan kepakaran individu berpengalaman bersama skuad Harimau Selatan sementara pemain dapat terus beraksi.

Antara yang jelas menerima manfaat daripada hal terbabit ialah Penang FC yang bertindak membawa masuk pemain tengah, Syamer Kutty Abba selepas dia kurang diberi minit permainan sejak pulang daripada kecederaan.

BACA LAGI: Sudah tiba masa prospek Terengganu-Pahang-Kedah ikut Muhammad, Fergus ke luar negara

BACA LAGI: 'Sertai kelab bawahan Thailand boleh matangkan Fergus Tierney'

3e3f4d46-0f77-458d-8020-abe920095936-1000x667

Fergus terus diletakkan dalam skuad simpanan Harimau Selatan meskipun aksinya sudah cukup memuaskan. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Pemain Harimau Malaya itu sememangnya watak penting buat skuad Harimau Kumbang musim ini apabila dia tampil dalam 24 perlawanan secara keseluruhan dengan dua bantuan jaringan sudah direkodkan.

Tidak cukup dengan itu, dia turut diberi kepercayaan penuh untuk memikul peranan kapten selepas barisan kejurulatihan pasukan amat mempercayai pengalaman dimilikinya sepanjang beraksi bersama JDT.

Oleh itu, sekiranya kelab Utara tanah air berkenaan diberi peluang membawa masuk pemain secara pinjaman dari skuad Harimau Selatan musim depan, mereka pasti tidak akan menolak peluang berkenaan.

Harapan berkenaan seakan-akan mula kedengaran kerana dalam perlawanan di laman sendiri pada Ahad lalu, seorang lagi pemain dengan minit permainan terhad di JDT hadir ke Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

480272168_9189880014428710_408635862270325165_n

Fergus (kanan) sempat berswafoto bersama penyokong Penang FC di Stadium Bandaraya. Facebook/Ajo Mamu

Dalam satu hantaran pengguna Facebook Ajo Mamu, dia mendapati penyerang skuad muda Harimau Selatan, Fergus Tierney hadir menonton pertembungan antara Penang FC dan Kuching City FC.

Perkara itu bukanlah satu kebetulan kerana keluarga pemain berkenaan sudah berada di Pulau Mutiara sejak beberapa tahun lalu, sekali gus membuatkan kehadirannya di venue perlawanan tersebut tidaklah semata-mata untuk memeterai perpindahan terbabit.

Namun, melihat kepada luahan penyokong di ruangan komen, masing-masing kelihatan cukup teruja sekiranya pihak pengurusan Penang FC berjaya mendapatkan khidmat pemain berusia 21 tahun itu secara pinjaman.

"Memang mantap kalau dia bermain buat Penang FC. Dia main laju dan rajin, harap-harap jadi kenyataan," kata PakLang Azmira.

3062293

Fergus kini beraksi buat Nakhon Pathom United secara pinjaman dari JDT. Facebook/Nakhon Pathom United

"Pengurusan pasukan perlu memainkan peranan dan bersikap proaktif dalam bab pemilihan pemain," ujar Zamri Kadir.

"Tierney nak ikut langkah seperti Syamer, pulang ke Penang FC," kata Mohd Ikhwan Hakeem.

Penyerang itu sedang beraksi secara pinjaman bersama kelab Thailand, Nakhon Pathom United bersama seorang lagi pemain muda, Muhammad Abu Khalil yang hadir dari Selangor FC dengan status sedemikian.

Nama pemain berkenaan sebelum ini sememangnya menjadi buah mulut selepas dia meledak ketika pertemuan antara Harimau Malaya dan Kemboja di tempat lawan dalam saingan Piala AFF tahun lalu.

Bagaimanapun, lambakan penyerang dalam skuad utama JDT menyaksikan Fergus gagal menembusi pasukan utama dengan perpindahan ke mana-mana pasukan Liga Super boleh merealisasikan impiannya beraksi dalam Liga Super secara kerap. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram