PEMAIN muda Malaysia sedang meningkat naik, Fergus Tierney secara rasminya menyertai kelab Thailand Liga 1, Nakhon Pathom United secara pinjaman sehingga akhir musim 2024/2025.
Nakhon Pathom mengesahkan bahawa pemain yang boleh beraksi di posisi penyerang dan tengah itu sudah menyertai mereka secara pinjaman daripada juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT).
Ia merupakan kelab Thailand kedua buat Tierney susulan sebelum ini pemain berusia 21 tahun berkenaan pernah menyarung jersi kelab Liga 2, Chonburi untuk separuh pertama musim 2024/25.
BACA LAGI: Kekal di Thailand atau sertai 2 kelab Utara antara opsyen terbaik Fergus Tierney
BACA LAGI: Fergus Tierney dipilih ganti Romel, ramai tertanya bila peluang peledak berbisa Piala MFL
Selepas membantu Chonburi merekodkan satu gol dan satu bantuan gol dalam 13 penampilan untuk skuad The Sharks, tempoh pinjaman Tierney ditamatkan lebih awal kerana keinginannya untuk membantu Harimau Malaya dalam saingan Piala AFF 2024.
Kehadirannya dijangka menambah pilihan di bahagian serangan Nakhon Pathom. Selain Tierney, pasukan itu kini memiliki Kwame Karikari dan Valdo untuk menjadi pilihan Sirisak Yodyadthai selaku pengendali kelab.
Meskipun ada yang mengatakan Nakhon Pathom sekadar kelab belasahan di Thailand susulan mereka kini menghuni kedudukan ke-15 liga namun ramai positif Tierney akan semakin matang beraksi di negara jiran.
Sebelum ini, Tierney beraksi bersama Chonburi dalam saingan Liga Thai 2. — Instagram/Tierney
"Walaupun Nakhon Pathom sekarang duduk di tangga 15 liga. Tetap bangga kerana sekurang-kurangnya dia (Tierney) akan dapat ilmu baharu. Jangan seperti katak dalam tempurung," kata penyokong domestik, Abdu Afham Rozlan.
"Ramai keluar tapi tidak nak belajar. Nampak hasil dia ini bagus, permainan pun dah semakin padang dan lebih bagus daripada Haqimi (Azim) itu," komen penyokong Harimau Malaya, Kasut Baraii.
"Bagus Tierney. Dia boleh jadi key player di bawah kelab itu kerana pasukan itu tiada pure striker dan harap nanti kemahirannya akan semakin baik. Bila dengan pasukan terbawah begini boleh mematangkan dia," ujar peminat tempatan, Aiman.
Tierney diramal boleh menjadi pemain utama untuk Yodyadthai susulan salah seorang pemainnya di bahagian serangan iaitu Karikari masih tidak menyumbang jaringan gol dan bantuan jaringan walaupun sudah tampil dalam lima aksi.
Manakala, Valdo yang bertugas sebagai peledak utama sekadar merekodkan empat gol dan satu bantuan jaringan sahaja dalam saingan Liga Thai 1 meskipun sudah tampil dalam 15 perlawanan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram