
SUKA atau tidak, kecederaan merupakan sebahagian daripada lumrah sukan terutamanya bola sepak. Setiap musim, pasti akan ada pemain yang mengalami kecederaan tidak kira dia adalah bintang utama atau simpanan.
Kecederaan jelas mengecewakan, ia boleh menyukarkan perancangan pasukan dan menganggu perkembangan bakat satu-satu pemain sekiranya tahap kecederaan yang dialami serius.
Begitu juga dengan kecederaan pada awal musim. Kecederaan pemain pada waktu tersebut pastinya membuatkan pasukan menjadi tempang untuk mengharungi permulaan saingan.
BACA LAGI: Beraksi 10 orang tak jadi masalah, Selangor puas hati bawa bekal tipis ke Selayang
BACA LAGI: Tak bersama atas padang, Ivan Mamut hadir beri sokongan saat Sang Penyu tunduk kepada KL City
Ivan Mamut
Penyerang bertubuh sasa dari Croatia itu mengalami kecederaan semasa latihan pra-musim bersama Terengganu FC pada permulaan saingan 2024/2025.
Mamut dilaporkan mengalami kecederaan di tendon achilles kaki kirinya dan memerlukan pembedahan bagi memulihkannya. Oleh itu, Mamut dihantar ke Finland untuk menjalani rawatan.
Mamut mendapatkan rawatannya di Finland.
Kecederaan itu nyata mengecewakan penyokong Terengganu yang berharap dia akan mengetuai barisan serangan selepas melakukannya pada musim 2023. Disebabkan itu, harapan perlu diletakkan kepada Ismaheel Akinade yang baru dibawa masuk dari Kelantan Darul Naim (KDN) FC.
Mamut sudah kembali menyertai kem Terengganu namun sehingga kini, dia masih belum beraksi buat kelab Pantai Timur tersebut.
Syahmi Safari
Jika Mamut mengalami kecederaan pada sebelum musim bermula, Syahmi Safari melalui pengalaman sama walaupun ketika itu persaingan sudah berjalan.
Syahmi mengalami kecederaan serius di bahagian lututnya selepas diterjah oleh pemain Penang FC, Adip Ra'op pada 12 September 2024 yang merupakan aksi ke-10 Liga Super.
Syahmi mengucapkan selamat tinggal kepada musim 2024/2025.
Pemain pertahanan itu kemudiannya diterbangkan ke Valencia, Sepanyol untuk menjalani pembedahan. Pada 22 September, Syahmi memberikan pembayang yang musimnya sudah berakhir dengan mesej, "terima kasih musim 2024/2025."
Sebagai rekod, musim ini Syahmi sempat bermain empat perlawanan sebelum kecederaan buruk itu berlaku.
Faisal Halim
Saat kedua-dua pemain yang dinyatakan tadi mengalami kecederaan berkaitan sukan, Faisal Halim mengalami detik yang tidak terjangka dalam kariernya.
Faisal disimbah asid oleh individu tidak dikenali Mei 2024 di sebuah pusat membeli-belah dekat Damansara, Selangor dan itu menyebabkan dia terpaksa berehat panjang.
Keteguhan Faisal dipuji ramai.
Malah, pada satu ketika, masa depannya sebagai pemain bola sepak menjadi tanda tanya. Namun, Faisal kembali bangkit untuk beraksi.
Selepas tiga bulan berehat, Faisal kembali beraksi pada Ogos 2024 menentang KDN. Bermula daripada itu, dia beransur-ansur membina kecergasannya dan cuba mendapatkan prestasi lamanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram