Supersub muda muncul wira, elak Penang dimalukan Kuching City di laman sendiri


  • Podium
  • Ahad, 16 Feb 2025

Jordan Mintah (kanan, depan) mencuri tumpuan sebagai penjaring utama dalam pertemuan Liga Super menentang Penang FC.

AKSI di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang menyaksikan Penang FC sekadar berkongsi satu mata selepas terikat dengan keputusan 1-1 dalam aksi bertemu Kuching City FC saingan Liga Super 2024 pada Ahad.

Pada babak pertama aksi di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang menyaksikan kedua-dua pasukan seimbang dalam melakukan serangan.

Namun, percubaan demi percubaan yang dihasilkan oleh kedua-dua pasukan nampaknya tidak berhasil menjaringkan gol.

BACA LAGI: Dua penalti selamatkan maruah The Rhinos, ikat Tok Gajah di Likas

BACA LAGI: Tak jadi sertai revolusi HM, Tano Solari sebaliknya dilantik pengarah teknikal kelab Argentina

Menuju ke penghujung babak pertama, tiada jaringan berjaya diledak oleh kedua-dua pasukan yang menyaksikan mereka kembali ke bilik persalinan dengan kekecewaan.

Kembali dari rehat, usaha The Cats tanpa henti bagi memburu gol pendahuluan akhirnya membuahkan hasil apabila penyerang import Kuching, Jordan Mintah berhasil mencetak gol pada minit ke-74.

WhatsApp Image 2025-02-16 at 23.07.44

Penang FC sekadar berkongsi satu mata dalam aksi bertemu Kuching City.

Bagaimanapun, kegembiraan Kuching City tidak bertahan lama apabila pemain gantian Penang FC, Alif Ikmalrizal Anuar kembali menyamakan kedudukan 11 minit kemudian.

Meksipun tambahan sembilan minit masa diberikan namun kedua-dua pasukan nampaknya gagal memanfaatkan peluang tersebut dengan tiada jaringan dihasilkan.

Susulan keputusan seri itu, ramai penyokong Harimau Kumbang berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh anak-anak buah Wan Rohaimi Wan Ismail itu apabila berhasil mengikat The Cats.

"Saya puas hati dengan perlawanan hari ini walaupun seri," kata Ahmad Aieman.

"Ada perubahan, good game, kita kalah dengan pressing Kuching FC," kata Sufian Sulaiman.

"Banyak improvement, good game Penang FC," Muhammad Amier. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram