[VIDEO] Tampil cemerlang ganti posisi An Najwa, GS Johor Jewels dipuji tenang hadapi Pahang Tulips


  • Podium
  • Ahad, 16 Feb 2025

Johor Jewels mudah menewaskan Pahang Tulips dengan keputusan akhir 60-38. — Instagram/nsl.my

JOHOR Jewels meraih kemenangan dua kali berturut-turut dalam aksi minggu ketiga saingan Netball Super League (NSL) 2025 yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Ahad.

Dalam aksi tersebut, anak-anak buah Tracey Robinson itu meraih kemenangan dengan keputusan 60-38 selepas menewaskan Pahang Tulips.

Jewels, yang sering kali dikuatkan oleh kehadiran pemain sensasi, An Najwa Azizan di posisi Goal Shooter (GS), terpaksa melupakan khidmatnya apabila difahamkan bahawa dia mengalami kecederaan ringan dan terpaksa direhatkan bagi memberi fokus kepada perlawanan seterusnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Bukan sekali, 3 aksi ditunda termasuk jumpa Sang Kenari bikin fans Kuching City 'tersakiti'

BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya bukan kuda tua', Gonzalez buktikan kemampuan diri selepas 7 bulan tak beraksi

Namun begitu, Putri Intan Balqis, yang diberikan tanggungjawab untuk mengisi posisi GS berjaya mempamerkan prestasi yang cukup cemerlang.

Putri Intan Balqis atau lebih dikenali dengan panggilan Balqis itu menerima pujian daripada penyokong pasukan atas ketenangannya dalam mengendalikan situasi mencabar di kawasan gol.

"Terbaik Johor Jewels, Putri Intan Balqis bermain dengan baik, tak kelam-kabut dan baling jauh tepat masuk jaring," kata Fauziah Talib.

"Putri Intan Balqis memang terbaik, tenang dan tak kelam-kabut," kata Juliana Adam.

"Tahniah Johor Jewels, deserve menang, salute dengan GS JJ, Putri Intan Balqis," Fatema Aisyah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram