'Everyone can score', fans teruja taktikal JDT, padu macam pasukan Eropah


  • Podium
  • Khamis, 06 Feb 2025

JDT menampilkan corak permainan yang cukup cemerlang dalam membenam cabaran PDRM FC. — Facebook/JDT

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) menepati ramalan apabila berhasil meraih tiga mata penuh aksi Liga Super 2024 menentang PDRM FC di laman sendiri pada Sabtu.

Kemenangan 4-0 ke atas Sang Saka Biru itu terus memastikan skuad Harimau Selatan terus mengungguli carta liga dengan kelebihan besar dimiliki berbanding pencabar terdekat, Selangor FC.

Beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri nampaknya memberi suntikan luar biasa untuk JDT mencetak empat jaringan dalam aksi tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Sakit hati Piala Malaysia belum berakhir, fans Sabah bongkar 2 insiden kontroversi aksi bertemu Tok Gajah

BACA LAGI: [VIDEO] Benteng JDT tak padu mana, 3 pemain lokal selamba gegar jaring Harimau Selatan

WhatsApp Image 2025-02-06 at 14.00.01 (1)

Romel Morales mencetak gol keempat buat Harimau Selatan. Facebook/JDT

Empat gol tersebut dijaringkan oleh Jorge Obregon, Corbin Ong, Jese, dan Romel Morales.

Dalam pada itu, ramai 'ekor' Harimau Selatan berpendapat bahawa taktikal dan corak permainan yang dipamerkan oleh skuad kendalian Hector Bidoglio itu menyerupai gaya permainan di Eropah.

Menurut mereka, setiap gerakan yang dihasilkan oleh barisan pemain JDT sangat berdisiplin dan tersusun, mempamerkan tahap kemahiran yang tinggi.

Ketepatan dalam menerima dan menghantar bola kepada rakan sepasukan juga menjadi perhatian utama penyokong, yang menganggap perkara itu sebagai aspek penting dalam memperkukuh serangan dan kawalan permainan.

"Mantap perlawanan JDT, macam tengok taktikal pasukan Eropah pula, tak sabar nak tengok persahabatan JDT vs PSG, bekas kelab Jese Rodriguez," kata Isma Zidi Ishak.

"Another level dah JDT ini, everyone can score, tahniah JDT tampil dengan corak permainan yang padu," kata Hanafiah Kahmis.

"Cantik corak permainan JDT, semua pemain on form, game laju dan menghiburkan, semua gol ada kelas tersendiri," kata Norizan Omar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram