‘Throwback' momen manis 2014, fans Tok Gajah cabar kejantanan JDT benarkan Hidalgo beraksi final Piala Malaysia


  • Podium
  • Ahad, 02 Feb 2025

Pertembungan antara Pahang dan JDT dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 masih segar dalam ingatan penyokong kedua-dua pasukan.

SELEPAS 120 minit bermandi peluh di laman sendiri pada Ahad, skuad Tok Gajah berjaya mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2024/25 setelah menyingkirkan Sabah FC pada Ahad.

Gol sendiri daripada pertahanan pasukan pelawat, Park Tae-su menghadiahkan kegembiraan buat pasukan tuan rumah buat seketika, namun jaringan penyamaan S Kumaahran melunturkan perasaan itu.

Kedudukan 1-1 tersebut kemudian mengheret aksi di Stadium MP Temerloh, Pahang selepas perlawanan pertama di Stadium Likas, Sabah turut berakhir dengan keputusan sedemikian.

BACA LAGI: Badrul Afzan bangga mampu ikat JDT di gelanggang mereka selama 90 minit

BACA LAGI: 'Hanya JDT, Selangor selangkah ke depan, MFL perlu hidupkan api kemeriahan bola sepak'

475857471_18461972206066187_2924311355485168895_n

Kemenangan 2-1 ke atas Sabah FC cukup untuk membawa Sri Pahang ke final Piala Malaysia. Facebook/MFL

Namun, pada minit kedua masa tambahan, skuad Tok Gajah akhirnya mengesahkan tiket ke pentas final apabila Kpah Sherman berjaya menewaskan Damien Lim menerusi satu penyudah kemas.

Kejayaan melangkah ke perlawanan akhir itu menyaksikan Sri Pahang FC menamatkan penantian 11 tahun untuk berbuat sedemikian yang turut menyaksikan mereka menjuarai pertandingan terbabit.

Menariknya, aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu menyaksikan skuad Tok Gajah berdepan lawan sama dalam edisi kali ini, iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT).

Oleh itu, penyokong kelab Pantai Timur itu sememangnya kelihatan cukup bersemangat untuk menonton perlawanan terbabit meskipun tahu kelebihan berpihak kepada juara bertahan berkenaan.

WhatsApp Image 2025-02-02 at 11.32.06 PM

Skuad Tok Gajah bergelar juara Piala Malaysia 2014 selepas menundukkan JDT.

"Tahniah Sri Pahang, perlawanan akhir yang dinantikan, ini satu permusuhan. Final Piala Malaysia antara JDT dan Pahang," kata PanJi Selatan Merah Biru.

"Mantap, JDT bertemu Sri Pahang FC. Kenangan 2014 berlaku pula pada final Piala Malaysia 2024/25. Pertemuan kumpulan penyokong yang padu," kata Khairil Vs Amall.

Perlawanan lebih 10 tahun lalu itu menyaksikan skuad Tok Gajah dinobatkan juara selepas menundukkan JDT dalam penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas 120 minit.

Pertemuan sedemikian sudah tentu diharapkan penyokong kedua-dua pasukan meskipun Sri Pahang FC ketika ini tidaklah berada dalam keadaan terbaik di dalam mahupun di luar padang.

Tidak cukup dengan itu, peluang skuad Tok Gajah untuk menundukkan skuad Harimau Selatan juga tipis kerana bintang pasukan, Manuel Hidalgo tidak dibenarkan beraksi kerana statusnya sebagai pemain pinjaman dari JDT.

Di media sosial, majoriti penyokong Sri Pahang juga mencabar JDT untuk membenarkan Hidalgo beraksi di pentas final Piala Malaysia memandangkan kalah menang pastinya adat permainan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram