'Comeback' Sze Fei-Izzuddin jadi motivasi beregu negara hadapi tentangan Jepun di Terbuka Malaysia


  • Podium
  • Sabtu, 04 Jan 2025

Wei Chong-Kai Wun sedang bersiap sedia untuk menghadapi pusingan pembukaan menentang Mitsuhashi-Okamura dalam Terbuka Malaysia pada minggu depan.

PASANGAN beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun sedang bersiap sedia untuk menghadapi pusingan pembukaan yang sukar menentang duo Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura dalam Terbuka Malaysia pada minggu depan.

Duo Malaysia yang berada di tangga ke-14 dunia itu memberi tumpuan kepada strategi yang baik untuk membantu mereka memberi tentangan hebat kepada beregu yang menghuni kedudukan ke-19 dunia berkenaan.

BACA LAGI: Sudah kembali berlatih sepenuhnya, jurulatih harap Goh Jin Wei mampu lepasi cabaran awal Terbuka Malaysia

BACA LAGI: Kecederaan tak sempat pulih, Lee Zii Jia terpaksa lupakan Terbuka Malaysia

“Kenya dan Hiroki berada dalam kelompok 20 teratas dan boleh menimbulkan masalah kepada kami. Kami perlu menganalisis permainan mereka dan mengetahui apa kelemahan mereka,” kata Wei Chong.

Wei Chong berkata, kebangkitan rakan senegara iaitu Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani juga telah mendorongnya dan Kai Wun untuk meningkatkan mutu permainan mereka pada tahun ini.

“Sze Fei-Izzuddin benar-benar memberi impak tahun lalu dan telah menjadi terkenal. Tahun ini, kami menyasarkan untuk beraksi pada tahap mereka atau lebih tinggi lagi.

“Tetapi kami perlu berjuang lebih keras dan bekerja lebih bijak dalam mencapai misi berkenaan," tambahnya.

JAPAN

Mitsuhashi-Okamura menghuni kedudukan ke-19 dunia.

Wei Chong-Kai Wun juga boleh menuju ke pertembungan suku akhir Terbuka Malaysia dengan bertemu Sze Fei-Izzuddin sekiranya kedua-dua pasangan beregu lelaki negara itu melepasi pusingan awal mereka.

Mengenai potensi pertembungan lapan terakhir itu, Kai Wun menyatakan bahawa masih terlalu awal untuk memikir pusingan berkenaan dan sebaiknya mereka memberi fokus untuk aksi awal yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Kami belum mahu berfikir terlalu jauh ke hadapan. Fokus kami adalah untuk memenangi pusingan pertama dan kedua, dan kemudian sesiapa sahaja yang akan kami lawan nanti akan kami hadapi," kongsinya.

IZUDIN

Sze Fei-Izzuddin antara beregu lelaki sedang meningkat naik.

Bagaimanapun, Wei Chong-Kai Wun berazam untuk memperbaiki perlawanan Terbuka Malaysia mereka apabila sebelum ini mereka hanya mara ke peringkat lapan terakhir.

“Kami bercadang untuk mara ke separuh akhir kali ini.

“Ia mengenai konsistensi. Kami perlu bermain dengan baik dalam semua perlawanan kami," tambah Kai Wun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram