'Sangkut juga ke?' Perpindahan 'kereta kebal' KDN disebabkan isu gaji?


  • Podium
  • Jumaat, 10 Jan 2025

KDN FC dijangka berdepan kesukaran untuk mengharungi saingan Liga Super musim ini selepas kehilangan Kim Li-Kwan sebagai pertahanan kental pasukan.

KELANTAN Darul Naim FC (KDN FC) terus berduka apabila pertahanan import, Kim Li-Kwan mengambil keputusan untuk meninggalkan bumi Malaysia.

Pertahanan kelahiran Korea Selatan itu dikhabarkan kembali ke negara kelahirannya dengan menyertai Liga 2 Korea, Ansan Greeners FC.

Berita baik itu dikongsikan oleh kelab tersebut di laman Facebook yang mengalu-alukan kedatangan bekas tonggak KDN FC itu.

BACA LAGI: Hilang 7 pemain tak mengapa, Kedah ada 3 'cara' boleh jinakkan Kijang Emas

BACA LAGI: Bukan lagi zaman ‘prime’, Liridon Krasniqi mungkin lebih sesuai beraksi bersama Pahang Rangers

WhatsApp Image 2025-01-10 at 17.25.21

Bekas pertahanan kental KDN FC, Kim Li-Kwan sertai, Ansan Greeners FC.

"Selamat datang Kim Li-Kwan, pemain yang akan menggalas tugas sebagai benteng pertahanan pasukan," katanya.

Kehilangan pertahanan utama Sang Kijang Emas dijangka menjejaskan corak permainan pasukan Pantai Timur itu, sekali gus memberi impak negatif terhadap kedudukan KDN FC yang kini menghuni tangga kedua tercorot liga.

Perpindahan bek import itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada penyokong Kijang Emas yang berpendapat isu gaji menjadi punca dia memilih untuk meninggalkan Malaysia.

"Sangkut juga ke? Patutlah angkat kaki," kata Yusdegreat Bin Mohamed Yussof.

"Ini mesti gaji sangkut ini, sebab itu tinggalkan kelab," kata Muhammad Matt.

"Thank you for everything Kim Li-Kwan, semoga lepas ni tiada sangkut pula," kata Wan Hadi.

Li Kwan merupakan tonggak utama Sang Kijang Emas di bahagian pertahanan dan sudah merekodkan 13 penampilan dan mencetak dua gol dalam Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram