Alhamdulillah, budak perempuan hilang lepas Asar di Makkah sejak Sabtu sudah disatukan bersama keluarga


  • Massa
  • Isnin, 30 Dis 2024

Kanak-kanak itu dilaporkan hilang ketika bersama-sama keluarganya mengadakan ibadah umrah.

SEBUAH keluarga yang mengadakan ibadah umrah boleh menarik nafas lega apabila kanak-kanak perempuan yang hilang semasa bersama mereka sebelum ini akhirnya ditemui dan sudah ditemukan semula pada Isnin.

Dalam hantaran di beberapa kumpulan Facebook, perkara itu hangat diperkatakan selepas seorang pengguna, Rahman Yus Seri meminta orang ramai yang berada di tanah suci agar melaporkan penemuannya.

"Minta bantuan bagi yang berada di Makkah sekarang, seorang budak hilang di Makkah. Boleh hubungi nombor yang tertera di bawah ni ya, hilang sejak semalam (Sabtu)," tulisnya.

BACA LAGI: Guru wanita hilang hampir sebulan di Tampoi ditemukan selamat tanpa unsur jenayah di Teluk Intan

BACA LAGI: Adik terlelap, wanita OKU di Mentakab dilaporkan hilang sejak Ahad

WhatsApp Image 2024-12-30 at 8.58.34 AM

Tangkap layar memaparkan perbualan yang mengatakan kanak-kanak itu sudah ditemui dalam keadaan selamat. Facebook/Rahman Yus Seri

Perkongsian itu dibuat berserta tangkap layar perbualan dengan nenek kepada kanak-kanak berkenaan yang mengatakan kehilangannya dikesan sejak waktu Asar pada Sabtu selain sempat bertanya kepada pengguna Facebook itu cara untuk menghubungi pihak berkuasa di Arab Saudi.

Namun, selepas kira-kira dua jam perkhabaran itu dikongsikan, kanak-kanak berkenaan akhirnya ditemui dengan individu yang juga bertugas sebagai mutawif tersebut memuat naik dua hantaran berbeza.

Dalam hantaran pertama, dia berkongsi perbincangan antaranya dengan seseorang difahamkan petugas di tanah suci memaparkan kanak-kanak itu sudah ditemui, namun tidak dapat dipastikan lokasi penemuannya.

Tidak lama selepas itu, sebuah lagi perkongsian dibuat memaparkan budak tersebut sudah ditemukan dengan keluarganya yang pasti membawa kelegaan buat mereka yang berada di sana mahupun di dalam negara.

free-photo-of-tengara-penunjuk-penanda-tonggak-batas

Kanak-kanak itu difahamkan hilang sekitar Menara Jam Makkah. Agensi

Dalam perkembangan terbaru, Rahman Yus Seri menceritakan bagaimana kanak-kanak berkenaan ditemui pihak polis di Masjidil Haram dengan punca kehilangan berkemungkinan disebabkan jumlah orang ramai yang mengerjakan ibadah umrah.

"Individu yang menemui kanak-kanak tu ialah Ketua Polis Masjidil Haram dan ketika itu, dia hilang di sekitar Menara Jam Makkah, mungkin terlalu ramai orang dan padat membuatkannya hilang arah daripada keluarganya.

"Keluarga mereka menjadi tak tentu arah. Pada awalnya, mereka tanya saya berada di Makkah atau tidak, saya dapat panggilan kanak-kanak itu hilang, tetapi saya dalam perjalanan menuju ke Madinah, jadi saya bantu sehabis baik yang mungkin dengan polis di Masjidil Haram," katanya kepada Majoriti.

Menurutnya lagi, teknologi canggih yang dipasang di sekitar kawasan tersebut memudahkan kerja-kerja mengesan budak perempuan itu yang kemudiannya dibawa ke pejabat berhampiran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram