Guru wanita hilang hampir sebulan di Tampoi ditemukan selamat tanpa unsur jenayah di Teluk Intan


  • 112
  • Khamis, 26 Dis 2024

Guru wanita berusia 43 tahun yang dilaporkan hilang sejak 10 Disember lepas ditemui dalam keadaan selamat di Teluk Intan, Perak pada petang Khamis.

GURU wanita berusia 43 tahun yang dilaporkan hilang sejak 10 Disember lepas ditemui dalam keadaan selamat di Teluk Intan, Perak pada petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Polis Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, polis berjaya menemui wanita itu, Nur Nazalishah Ahmad pada pukul 2 petang Khamis di Teluk Intan selepas memperoleh maklumat daripada orang awam.

"Siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian orang hilang ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

BACA LAGI: [VIDEO] Ibu bapa kandung kerja di Malaysia, pengasuh susah hati budak 3 tahun hilang dibawa arus deras saat main hujan di Surabaya

BACA LAGI: Tayar pancit di Laos, ekspedisi Himalaya antara 'ride' penuh mencabar pasangan sehati sejiwa bersama Kawasaki Vulcan

Beliau berkata, polis daerah Ipoh mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada pusat kawalan daerah Ipoh di talian 05-2542222.

Polis telah membuat rayuan kepada orang ramai pada 21 Disember apabila kakak kepada guru itu membuat laporan hilang di balai polis Tampoi, Johor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram