Bilal bin Rabah muazzin pertama laung azan di Madinah dan Makkah, dipilih sendiri Nabi Muhammad SAW


  • Mukmin
  • Isnin, 18 Nov 2024

Bilal bin Rabah dipilih oleh Nabi Muhammad SAW untuk menjadi muazzin pertama yang mengumandangkan azan di Madinah.

DALAM sejarah Islam, terdapat banyak kisah nabi yang menginspirasi umat manusia dan salah satunya adalah kisah seorang hamba yang menjadi salah seorang tokoh paling berpengaruh dalam agama Islam.

Sebut sahaja Bilal bin Rabah, pasti sahaja rata-rata mengenalinya, seorang bekas hamba yang berasal dari Habsyah yang bukan hanya dikenang kerana ketabahan dan keimanannya yang luar biasa tetapi juga kerana peranannya sebagai muazzin pertama dalam sejarah Islam.

Menurut sumber Islamic History, setelah Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, baginda mendirikan institusi azan (panggilan solat) sebagai sebahagian daripada tata cara ibadah umat Islam.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak berdosa jika kelahiran bayi tanpa disusuli akikah, ibu bapa kurang mampu boleh minta bantuan famili terdekat

BACA LAGI: Dilempar dalam api keadaan tidak berpakaian, Nabi Ibrahim AS manusia pertama diberi penghormatan pakaian syurga di Padang Mahsyar

azaan-Medium

Pemilihan muazzin itu adalah sebagai penghormatan besar yang diberikan kepada Bilal yang pada ketika itu merupakan seorang bekas hamba yang memeluk Islam. — Gambar hiasan

Bilal bin Rabah dipilih oleh Nabi Muhammad SAW untuk menjadi muazzin pertama yang mengumandangkan azan di Madinah, menurut sumber.

"Ini adalah penghormatan besar yang diberikan kepada Bilal yang pada ketika itu merupakan seorang bekas hamba yang telah memeluk Islam.

"Bilal adalah muazzin pertama yang ditugaskan oleh Nabi Muhammad SAW untuk mengumandangkan azan yang menjadi simbol kesatuan umat Islam dalam melaksanakan solat berjemaah.

"Tugas ini bukan sekadar panggilan untuk solat tetapi juga merupakan pengiktirafan terhadap peranan Bilal dalam sejarah Islam kerana beliau mengumandangkan azan pertama kali di Masjid Nabawi selepas hijrah," menurut Islamic History.

Lebih menarik lagi, ketika Nabi Muhammad SAW memasuki Makkah dengan kemenangan yang besar dan meruntuhkan berhala-berhala yang terdapat di sekitar Kaabah, Bilal sekali lagi dipilih untuk mengumandangkan azan berdasarkan sumber tersebut.

"Azan pertama yang dikumandangkan oleh Bilal selepas kemenangan tersebut adalah satu simbol besar kejayaan Islam dan pengesahan bahawa beliau sebagai muazzin pertama memainkan peranan penting dalam sejarah Islam.

"Dengan memilih Bilal bin Rabah sebagai muazzin pertama, Nabi Muhammad SAW menunjukkan bahawa kesetaraan dan keterbukaan adalah prinsip utama dalam Islam apabila kedudukan seseorang tidak ditentukan oleh status sosial, tetapi oleh ketakwaan dan pengabdiannya kepada ALLAH.

"Bilal terus dikenang sebagai 'Muazzin Rasulullah' yang mengumandangkan azan pertama kali di Madinah dan Makkah dan legasinya sebagai muazzin pertama dalam sejarah Islam tetap menjadi contoh teladan bagi umat Islam hingga kini," menurut sumber penulisan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram