ChatGPT kini boleh diakses guna WhatsApp, cuma ramai kecewa info terhad setakat 2022, hanya kenal PM Ismail Sabri Yaakob


  • Massa
  • Khamis, 19 Dis 2024

ChatGPT kini dapat diakses dengan mudah dengan hanya menggunakan teks melalui aplikasi WhatsApp. — Gambar hiasan

KEMAJUAN teknologi kini dilihat semakin berkembang pesat sehingga mampu menjadi medium penting dalam membantu memudahkan urusan manusia.

Antaranya adalah penggunaan kecerdasan buatan (AI) atau chatbot OpenAI menerusi ChatGPT yang mendominasi peratusan Industri AI secara keseluruhan di Malaysia.

Berdasarkan kajian syarikat penyelidikan digital SEMrush, penggunaan ChatGPT pada 2023 juga berjaya menguasai 60 peratus daripada jumlah trafik berbanding kelompok AI yang lain.

BACA LAGI: ‘Hamburg jadi Hamburger’, petugas DBP kongsi asam garam ajar bahasa Melayu pada warga asing

BACA LAGI: Berani bersuara, penduduk Venice Hill buktikan sikap ambil tahu penduduk berjaya 'lawan' caj MF melampau

GfJFSkebkAAJ1WH

Nombor yang boleh digunakan untuk mendapat akses ChatGPT melalui WhatsApp. — Twitter

Sebelum ini, ChatGPT diperkenalkan secara meluas di seluruh dunia dan ia boleh digunakan menerusi laman sesawang serta aplikasi.

Namun, AI tersebut kini ditambah baik sehingga membolehkan para penggunanya mendapatkan data atau informasi dengan mudah iaitu melalui aplikasi WhatsApp.

Mengulas lanjut, berdasarkan perkongsian daripada pengguna X @acaiijawa, pengguna boleh memanfaatkan ChatGPT di WhatsApp dengan hanya menggunakan nombor 18002428478.

"Buka WhatsApp, boleh borak dengan ChatGPT. Dia guna GPT-4o-mini (percuma) teks.

"Tetapi, belum boleh guna suara atau visual. Boleh berbincang, cari maklumat ringkas kat di WhatsApp.

"Sebab ia percuma, memang ada limit. Ini pun masih fasa percubaan lagi. Bakal luaskan lagi fungsi cariannya," tulisnya.

GfJVgB_bsAAPxKP

Maklumat yang mampu diberikan ChatGPT berkenaan Perdana Menteri Malaysia. — Twitter

Meskipun begitu, fungsi di aplikasi itu masih belum ditambah baik sepenuhnya.

Menerusi beberapa testimoni daripada warga maya yang mencubanya, ChatGPT di aplikasi tersebut tidak dapat memberi informasi terkini dengan tepat.

"Tapi, dia bukan maklumat terkini, sedikit terhad. Boleh kenal Perdana Menteri sampai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob je," komen @edfitri1 sambil menunjukkan perbualannya tentang status Perdana Menteri Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram