Cadangan cukai ChatGPT tiada dalam Bajet 2025 — Fahmi


  • Primer
  • Khamis, 31 Okt 2024

Fahmi berkata sebarang cadangan untuk memperkenalkan cukai baharu perlu dibawa ke Parlimen.

KERAJAAN tidak pernah membincangkan sebarang cadangan untuk memperkenalkan cukai langganan ChatGPT seperti dakwaan yang bertebaran di media sosial.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, umum mengetahui sebarang cadangan cukai baharu mesti dibawa ke Parlimen dan bukan hanya dibincangkan di peringkat Jemaah Menteri sahaja.

BACA LAGI: Pelajar lelaki maut, 4 cedera lepas umpan pancing tiruan tersangkut kabel elektrik di Padang Terap

BACA LAGI: VIDEO] Tiada permit punca polis serbu konsert 'galau' di Kemaman

“Sehingga kini, kita tidak membincangkan perkara ini sama ada dalam Kabinet atau kalangan menteri berhubung cadangan untuk mengenakan cukai (ke atas ChatGPT).

“Kita juga tidak mendengar perkara ini dalam Bajet 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, jadi pada hemat saya perkara ini tidak boleh dilayan,” katanya.

Fahmi ditemui pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Madani Deepavali 2024 di Kuala Lumpur pada Khamis.

Kementerian Digital menganjurkan sambutan berkenaan, dengan ia dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, anggota Kabinet lain, dan timbalan menteri. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram