AI masih tak boleh tandingi kebolehan manusia dalam bidang sastera


  • Berita
  • Sabtu, 26 Okt 2024

Teknologi AI memberi kelebihan kepada para penulis namun masih tidak dapat menandingi kemampuan manusia. — Gambar hiasan

PENGGUNAAN tekonologi kecerdasan buatan (AI) kini sedang hangat menjadi topik perdebatan masyarakat Malaysia termasuk golongan penulis.

Hal ini kerana, penjanaan teks berdasarkan teknologi itu mampu menghasilkan naraftif menarik yang boleh menandingi kualiti ditulis oleh manusia.

Namun, ia tidak semestinya dapat menarik minat orang ramai untuk membacanya.

BACA LAGI: Tentera Israel dakwa Ketua Hizbullah terbunuh dalam serangan udara di Beirut

BACA LAGI: Hamas sedia duduk semeja jika Israel setuju gencatan senjata

6118472872600127506

Penjanaan teks AI tanpa sedar mampu menterjemahkan naratif yang selari dengan pemikiran manusia. — Gambar hiasan/The Star

Penyelidik United Kingdom (UK), Hoaran Chu dan Sixiao Liu menjalankan beberapa eksperimen untuk mengetahui sejauh mana minat orang terhadap karya fiksyen yang dihasilkan oleh AI.

Mereka meminta beberapa sukarelawan untuk membaca dua versi cerita yang sama iaitu satu ditulis oleh manusia, manakala satu lagi oleh ChatGPT.

Peserta kemudian diminta menilai setiap cerita ini mengikut kualiti dan keupayaan mereka untuk membawa pembaca ke dunia naratif.

Dalam penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of Communication, para penyelidik menjelaskan bahawa para sukarelawan mendapati cerita yang dihasilkan oleh ChatGPT mempunyai maksud yang sama seperti dibayangkan oleh manusia.

Untuk mencabar andaian peserta, Hoaran Chu dan Sixiao Liu menukar kaedah supaya cerita yang ditulis oleh pengarang manusia digambarkan sebagai karya ChatGPT dan sebaliknya.

Kesimpulannya menunjukkan bahawa pembaca lebih kritis terhadap teks yang dibentangkan oleh AI meskipun ia tidak dapat disampaikan secara secara menyeluuh.

"Orang ramai tidak suka apabila mereka fikir cerita itu ditulis oleh AI.

" AI pandai menulis sesuatu yang konsisten, logik dan koheren. Tetapi ia masih lemah dalam menulis cerita yang menarik berbanding orang," kata Hoaran Chu.

Kajian itu juga mencadangkan bahawa ada sesetangah orang mungkin boleh menggunakan AI dalam kesusasteraan.

Mereka berkemungkinan menganggap seni itu terlalu manusia untuk dijana oleh mesin.

Bagaimanapun, masih ada sesetengah penulis menggunakan teknologi itu dalam penciptaan sastera mereka.

Pengarang Jepun, Rie Kudan mengakui bahawa menggunakan ChatGPT untuk menulis 5 peratus novel futuristiknya Tokyo-to Dojo-to yang menerima anugerah berprestij.

Pada majlis itu, novelis itu mendedahkan bahawa teknologi AI membolehkannya mengatasi potensi kreatifnya.

Di China pula, Shen Yang memenangi hadiah kedua dalam pertandingan sastera fiksyen sains untuk Land Of Memories iaitu sebuah cerpen yang ditulis dalam masa tiga jam dengan bantuan ChatGPT.

Memandangkan penggunaan AI generatif menjadi lebih mudah sepanjang masa, ia tidak lagi diperlukan untuk menguasai asas penulisan untuk menghasilkan karya fiksyen.

Tetapi, AI tidak akan mungkin dapat menghasilkan karya agung yang mampu memenangi hati pembaca pada skala yang ketara.

"AI tidak menulis seperti penulis utama. Ini mungkin berita baik untuk orang seperti penulis skrip Hollywood buat masa ini," tambah Hoaran Chu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram