[VIDEO] Ramai tepis dakwaan wanita kononnya sistem kesihatan kerajaan hampir lumpuh


  • Tular
  • Ahad, 08 Dis 2024

Tangkap layar perkongsian video oleh seorang wanita di TikTok mengenai dakwaan kekurangan bekalan insulin di HASA UiTM.

TULAR satu video pada Jumaat dibuat seorang wanita mendakwa sistem kesihatan negara hampir lumpuh selepas bekalan ubatan di pusat kesihatan kerajaan dikatakan kini berada dalam jumlah yang terhad.

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna TikTok, ctmarysamad, wanita itu berkata, perkara itu disedarinya selepas dia mendapatkan perkhidmatan di Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) UiTM, Puncak Alam, Alam Selangor.

Menurutnya, dia berdepan kesukaran untuk memperolehi bekalan ubatan insulin untuk ibunya meskipun sudah beberapa kali cuba untuk mendapatkannya.

BACA LAGI: 'Usaha tidak khianati hasil', persepsi negatif tak jadi penghalang Faeeza Noor sukses buka butik pakaian, aksesori di Semenyih

BACA LAGI: Gabung piza dan kopi 'culture', 4 usahawan muda ada rahsia pilih doh NY, sasar buka 108 cawangan Mokky’s

"Aku baru balik daripada hospital UITM. Ambil ubat untuk mak. Jadi, aku rasa situasi sangat memimbangkan. Sebab insulin dah dua kali tak ada stok. Hubungi banyak kali pun tak ada stok. Kemudian ada beberapa ubatan lagi tak cukup.

"Lepas itu, bila tidak ada stok, tak dapat bagi dekat pesakit dan kena beli sendiri dekat farmasi. Isu dia bukan kena beli sendiri. Tapi, hospital pun dah tak ada ubat. Maknanya stok terhad. Bayangkan, kalau ramai orang memang memerlukan ubat-ubat itu setiap bulan.

"Ada juga baca perkongsian daripada ahli farmasi ataupun orang perubatan. Dia cakap, insulin sekarang ni memang terhad dan susah nak dapat. Maksudnya, sistem kesihatan dekat Malaysia ni hampir lumpuh. Dengan isu kekurangan doktor dan stafnya lagi," ujarnya.

Majoriti sedang cuba untuk mendapatkan respons daripada Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung dakwaan tersebut.

Dalam pada itu, di ruangan komen, terdapat menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas.

Malah, ada yang turut berkongsikan pengalaman mereka mendapatkan bekalan insulin di hospital kerajaan.

"Isnin lepas bapa baru jumpa doktor kat Hospital Selayang. Elok je dapat insulin. Pen design baru, habis guna, buang," ujar Zaki_Yamani_.

"Mak aku baru sahaja ambil ubat dekat hospital kerajaan. Ok sahaja," tulis jailanish.

"Bapa aku tinggal dekat Perlis, tak pernah ada masalah insulin pun," kata Hazwan_puzi.

"(Hospital) UiTM memang macam itu itu tak silap. Mereka tak tak banyak simpan stok insulin. Masa dekat Sungai Buloh lagi macam itu. Mereka utamakan pesakit yang ada dalam ward. Hospital kerajaan yang lain ok sahaja," ujar edan_ayob.

HASA UiTM merupakan Hospital Pengajar Universiti (HPU) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), dan merupakan hospital separa kerajaan.

Untuk rekod, fasiliti di KKM pernah mengalami isu dalam bekalan ubatan insulin ekoran daripada masalah pengeluaran di fasiliti pembekal tempatan.

Pada waktu itu, KKM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengambil beberapa pendekatan termasuk meningkatkan penggunaan insulin jenis analog dan terapi oral berdasarkan penilaian klinikal oleh doktor yang merawat pesakit bagi menangani perkara tersebut.

Pada masa sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, jaminan Malaysia tidak akan mengalami krisis bekalan insulin untuk pesakit.

Beliau juga menafikan dakwaan berlakunya kekurangan bekalan dan memaklumkan tahap bekalan adalah mencukupi hingga hujung tahun ini.

Pada masa sama, beliau berkata, pihak kementerian sudah pun mula mencari alternatif lain, di samping berusaha mendapatkan pembekal baharu secepat mungkin.

Sementara itu, dalam satu kenyataan terbaharunya di Dewan Rakyat pada 9 November lalu, Dzulkefly berkata, KKM bersedia menawarkan kontrak tambahan untuk perolehan farmaseutikal pada awal tahun depan bagi memastikan kestabilan bekalan ubat di negara ini, khususnya insulin manusia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram