Bekalan insulin cukup hingga akhir tahun, KKM cari alternatif elak jejas pesakit — Dr Dzulkefly


  • Primer
  • Isnin, 26 Ogos 2024

Kementerian Kesihatan memaklumkan bekalan insulin di negara ini hanya akan bertahan sehingga Disember ini sahaja. — Gambar hiasan

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan insulin manusia di fasiliti awam mencukupi sehingga akhir tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia ekoran masalah pembekalan daripada salah satu pembekal ubatan itu sebelum ini.

Begitu pun, kekurangan ubatan tersebut belum mencapai tahap membimbangkan.

BACA LAGI: Kapal KD Pendekar sudah berusia hampir 50 tahun, banyak lagi kapal yang sudah tua, dedah Menteri Pertahanan

BACA LAGI: Kejadian mendapan tanah di Jalan Masjid India disebabkan faktor geografi — TPM

KKM

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad.

"Kita tidak mahu isu kekurangan bekalan ini menjejaskan penjagaan kesihatan pesakit.

"Kita sedang mencari pembekal alternatif dan sudah berkomunikasi, malangnya masalah kekurangan insulin tetap berlaku," katanya ketika sidang media sempena majlis perjanjian persefahaman (MoU) antara Penjagaan Kesihatan Antarabangsa (MIH) dan Megatrends 2024 di Dewan Serbaguna KKM pada Isnin.

Dr Dzulkefly juga memberi jaminan bahawa kekurangan itu tidak akan menjejaskan penjagaan pesakit dan akan memastikan bantuan bekalan dapat disalurkan daripada pihak mereka.

"Negara tidak akan berada dalam krisis dan sedang mendapatkan pembekal lain secepat mungkin," katanya.

Dzulkefly turut menjelaskan, kementerian mengambil beberapa pendekatan termasuk meningkatkan penggunaan insulin jenis analog dan terapi oral berdasarkan penilaian klinikal oleh doktor yang merawat pesakit.

Selain itu, KKM akan mempercepatkan proses kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi pendaftaran insulin manusia kepada 60 hari berbanding enam bulan sebelum ini.

"Kita akan sentiasa memantau, cuma belum dapat pembekal lain, namun akan memastikan bekalan insulin tidak terputus," ujarnya. — The Star/FAZLEENAAZIZ

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram