KEMENANGAN 3-0 dalam aksi pertama ke atas Kuala Lumpur (KL) Rovers sedikit sebanyak mengesahkan kemaraan Johor Darul Ta'zim (JDT) ke suku akhir Piala Malaysia 2024/25.
Jadi, terdapat kemungkinan juara dua kali berturut-turut tersebut akan mengambil keputusan menurunkan pemain muda atau kurang meraih minit permainan bagi aksi timbal balik di laman sendiri.
'Ubi muda' seperti G Pavithran dan Aysar Hadi sudah tentu akan disenaraikan pengendali pasukan, Hector Bidoglio dengan Mohamadou Sumareh dan Junior Estdal turut dijangka diberikan peluang.
BACA LAGI: Faktor taktikal punca JDT lebih utamakan Obregon berbanding Bergson ketika tugasan Asia
BACA LAGI: 'Patut Bergson mula', aksi longlai Obregon buat fans muak, mahu 'dibeku' aksi ACL akan datang
Kelebihan selesa berpihak kepada JDT dalam pusingan 16 pasukan Piala Malaysia. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
Pendekatan sebegitu bukanlah petanda JDT memandang rendah kebolehan wakil Liga A1 Semi Pro itu, tetapi mereka hanya mahu memastikan setiap pemain berada dalam keadaan bersedia sekiranya diperlukan.
Namun, pandangan berbeza dikongsikan penyokong jaguh bola sepak tanah air itu kerana mereka lebih mengharapkan penyerang bernilai €500,000 (RM4.8 juta), Jorge Obregon untuk diturunkan.
Laungan berkenaan disuarakan dengan harapan peledak kelahiran Colombia tersebut dapat menyesuaikan diri dalam pasukan memandangkan dia masih bergelut selepas tiga bulan di kelab terbabit.
Meskipun sudah menemui sentuhan jaringan, pemain terbabit masih gagal mencuri hati penyokong yang terus hampa dengan persembahannya di pentas Asia setakat ini.
Oleh itu, masing-masing mula meminta agar Bidoglio meletakkannya dalam pasukan dengan harapan ia dapat membantunya membina keyakinan bagi perlawanan akan datang.
Obregon belum membuktikan nilai sebenarnya buat skuad Harimau Selatan. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
"Pastikan Obregon beraksi pada petang ini (Sabtu), paksa dia jaringkan gol dengan banyak sebagai pengajaran buatnya," kata Wan Zam.
"Inilah masanya JDT dan Bidoglio meletakkan Obregon. Harapnya dapatlah dia meledak dan sesuaikan diri dalam pasukan. Kalau main dalam ACL (Liga Juara-Juara AFC) Elite, masih kurang serasi," kata Malik Nor.
"Boleh turunkan pemain muda. Tetapi, saya juga harap Bidoglio letakkan Obregon dalam kesebelasan utama. Bagi dia gol banyak sikit, mana tahu jadi lebih yakin selepas ini," kata Jaafar Wak.
Berdasarkan rekod setakat ini, pemain berusia 27 tahun berkenaan sudah mencetak tiga gol dan satu bantuan jaringan dalam Liga Super, namun hanya satu gol dicatatkan bagi kempen ACL Elite.
Pulangan tersebut diharapkan dapat ditambah baik kerana sebelum ini, kelab tersebut sudah membuat pelaburan besar untuk menyambar khidmatnya bagi menajamkan lagi jentera serangan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram